Saya tak minta Guan Eng pulangkan RM2 juta – Zarul

Saya tak minta Guan Eng pulangkan RM2 juta – Zarul

Seorang saksi penting dalam perbicaraan rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng berkata, beliau tidak pernah “menuntut” bekas ketua menteri Pulau Pinang itu memulangkan kira-kira RM2 juta yang kononnya diberikan kepadanya.

Zarul Ahmad Zulkifli sebelum ini mendakwa membayar RM2 juta kepada Lim sebagai “sogokan” untuk projek terowong itu.



Zarul berkata, peguamnya menghantar surat kepada G Gnanaraja pada 2017 menuntut ahli perniagaan itu mengembalikan kira-kira RM19 juta yang diberikan kepadanya. Bagaimanapun, katanya, Gnanaraja tidak mengendahkan tuntutan itu.

Semalam, beliau berkata, beliau membayar RM19 juta kepada Gnanaraja kerana menganggap individu itu akan membantunya menghentikan siasatan berhubung pengubahan wang haram, dan agar beliau dapat mendekati bekas perdana menteri Najib Razak.
Gnanaraja kemudiannya didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana atas tuduhan menipu Zarul.

Hari ini, peguam Lim Haijan Omar menyoal Zarul mengenai kenyataan media yang dibuatnya pada 2018 dan 2019.

Menurut Haijan, Zarul dilaporkan berkata pada 2018 bahawa syarikatnya “menerima ancaman daripada penipu yang menuntut wang perlindungan dan mendakwa mereka mempunyai hubungan rapat dengan individu dalam kerajaan Barisan Nasional”.



“Anda juga menafikan dakwaan Raja Petra (Kamarudin) bahawa terdapat unsur rasuah dalam projek terowong itu?” soal peguam itu, dan Zarul mengiakannya.

Haijan: (Menurut) kenyataan anda kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), anda tidak pernah membuat sebarang dakwaan rasuah terhadap Lim Guan Eng?

Zarul: Saya khusus diberitahu agar fokus kepada (kes penipuan melibatkan) Gnanaraja.

Bagaimanapun, Zarul tidak menyatakan siapa yang “memberitahunya” untuk memberikan tumpuan kepada kes melibatkan Gnanaraja.



Perbicaraan bersambung pada 15 Mac di hadapan hakim Azura Alwi.

Lim sedang dibicarakan atas tuduhan menggunakan jawatannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang ketika itu untuk meminta suapan daripada Zarul sebanyak 10% daripada keuntungan projek terowong itu, dan menerima sogokan sejumlah RM3.3 juta antara 2011 dan 2017 daripada ahli perniagaan itu.

Dia juga didakwa atas dua tuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat. FMT

Saya tak minta Guan Eng pulangkan RM2 juta – Zarul



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat



‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys



Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker