Pilihan raya semula buat semua kawasan MP Bersatu yang belot
Bersatu berusaha mengosongkan enam kerusi parlimen yang dipegang anggota parti itu yang baru-baru ini mengumumkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata pihaknya bercadang untuk menyerahkan notis mengenai perkara berkenaan kepada speaker Dewan Rakyat selepas parti itu meminda perlembagaannya berhubung keahlian.
Muhyiddin yang juga pengerusi PN melancarkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Bersatu hari ini, yang diadakan khas untuk memperkenalkan pindaan bertujuan mencegah wakil rakyatnya berpaling tadah pada masa hadapan.
Muhyiddin menyelar enam ahli parlimen Bersatu itu, menggelarkan mereka sebagai pengkhianat parti.
Katanya, Bersatu mahukan pilihan raya kecil di enam kerusi itu iaitu parlimen Tanjung Karang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Gua Musang, Jeli dan Labuan.
“Hari ni nak pinda supaya terhenti keahlian mereka, iaitu terlucut serta merta dan kerusi mereka dikosongkan. Setuju? Setuju.
“Bila dikosongkan PRK diadakan semula. Jadi kita pulangkan semula mandat kepada rakyat di enam kawasan parlimen,” katanya kepada perwakilan.
Muhyiddin berkata dia berharap Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul tidak akan “berdolak-dalik” apabila Bersatu menyerahkan notis pengosongan kerusi ahli parlimen parti itu itu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Memalukan, KLIA sebagai lapangan terbang dengan perkhidmatan yang teruk
- Sultan Selangor titah Hadi tak beradab
- Orang buta dengan gajah
- Pemuda Umno desak PM pecat ‘menteri kong kali kong’
- Agong telah ‘crossed the line’ – Hassan Karim
- Paul Yong ada peluang merogol pembantu rumah dalam tempoh 30 minit – Hakim
- Bekas suami tak tergamak aniaya Sarimah – Suliza Salam
- Anak tiri Taib mahu letak TV di kubur arwah
- Caprice dedah sisi lain Mawla Amin
- Khairuddin dilantik KP J-Kom
- Elews Mart milik Ebit Lew bakal ditutup?
- 2 individu bertengkar sebelum terbakar
- King Sing ektremis, tidak tahu jaga sensitiviti rakyat beragama Islam – Dr Akmal
- Hukum faraid tidak adil?
- Bahalol, suatu naskhah dahsyat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET