Hamzah kata sebak bila Muhyiddin kena dakwa

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebak sewaktu menyampaikan ucapan pembukaan pada Perhimpunan Agung Khas Bersatu 2024 susulan banyak pertuduhan yang diterima Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, beliau bersama perwakilan akan sentiasa bersama membantu Muhyiddin memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara.

“Marilah kita semua dalam dewan yang mulia ini, mendoakan agar ALLAH SWT memberi pertolongan kepada Tan Sri Muhyiddin yang sedang berdepan dengan bermacam-macam masalah.



“Inilah dia, pemimpin yang kita mahukan (Muhyiddin). Cekal, tabah dan sabar menghadapi cabaran yang ada.

“Percayalah, bukan hanya Bersatu tetapi seluruh rakyat akan sentiasa bersama kita memperjuangkan nasib yang akan ditentukan oleh parti kita. Insya-ALLAH,” katanya ketika menyampai ucapan pembukaan Perhimpunan Agung Khas Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen Ideal di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan usul utama yang akan dibawa pada Perhimpunan Agung Khas tersebut membabitkan pindaan perlembagaan parti.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris sebelum ini berkongsi surat maklumat mengenai Perhimpunan Agung Khas parti itu yang dijadual berlangsung pada 2 Mac.



Perhimpunan khas tersebut dijangka meminda perlembagaan parti susulan tindakan enam ahli Parlimen parti itu menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Mengulas lanjut, Hamzah memberitahu bahawa cadangan untuk mengadakan perhimpunan khas itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi pada 28 Januari lalu.

Menurutnya, ia dilakukan susulan ada beberapa ahli Parlimen Bersatu yang sudah meninggalkan parti kerana kepentingan diri sendiri.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung



Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim



Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker