Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Anggota APM kongsi detik minteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Operasi adalah di antara pengalaman tidak dapat dilupakan oleh tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sini.

Mendengar ular sawa batik mengeluarkan bunyi seperti mengilai dan mengejar lembaga berupa ular tedung di antara pengalaman yang membuatkan bulu roma mereka turut meremang.



Berkongsi pengalaman, Syarima Umira Mohamed Khanafi, 24, berkata beliau berdepan peristiwa itu ketika menangkap ular sawa sepanjang kira-kira tiga meter di sebuah rumah lama dekat Labu di sini, pada 2020

“Kami terima aduan itu kira-kira jam 4 pagi sebelum tiba di rumah pengadu dan mendapati ular itu sedang melingkar pada alang rumah.

“Sebaik kami menangkapnya dan mahu dimasukkan ke dalam guni, ular itu tiba-tiba berbunyi seperti menangis dan bunyinya seperti mengilai. Dalam situasi gelap awal pagi, bunyi itu memang menyeramkan,” katanya ketika ditemui.


Baca Artikel Menarik:

 



Kena raba setiap 2 minit di Kuala Lumpur, dakwa wanita Amerika


Anak bongsu dari lapan beradik itu berkata, kembali daripada operasi berkenaan, beliau mencari maklumat mengenai ular menangis di internet dan mendapati ia memang wujud.

Dia yang menyertai APM sejak enam tahun lalu, berkata meskipun sudah mengikuti beribu operasi menangkap ular, perasan takut tetap ada, namun perlu bertenang hadapi situasi.



Muhammad Syahir Ruddin Adlie Abdul Malik, 25, berkata antara pengalaman yang sukar dilupakan ketika terbabit dalam operasi menangkap ular adalah ketika tugasan pada tengah malam di sebuah rumah di Gadong Jaya, di sini, pada empat tahun lalu.

“Pengadu mendakwa ada tiga tedung selar dan kami membahagikan tugas menangkap ketiga-tiganya. Saya kejar salah seekor daripadanya dan memang nampak seperti ular.

“Rupa-rupanya apa yang saya nampak itu bukannya ular kerana orang lain yang ada di situ kata ia bukan ular. Pada waktu itu kami balik hanya membawa seekor ular, manakala dua lagi dipercayai lembaga lain yang menyerupai reptilia terbabit,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Shaarnaz, Amelia putus cinta?




Abdul Qayyum Azmi, 24, pernah dipatuk lapan ular sepanjang operasi menangkap hidupan liar itu, namun bernasib baik kerana reptilia terbabit tidak berbisa.

“Sememangnya ibu bapa risau dengan tugasan saya, tetapi saya selalu minta mereka mendoakan supaya semuanya dipermudahkan.

“Sebagai anggota APM, kami perlu bersedia berdepan apa saja tugasan diberi dan yang penting aspek keselamatan perlu diberi keutamaan,” katanya.



Sementara itu, Pengarah APM Negeri Sembilan, Mohd Nazri Mes Kam, berkata pihaknya menjangkakan kes menangkap ular akan terus meningkat berikutan keadaan cuaca panas ketika ini.

“Bila musim panas ini, selalunya ular ini akan mencari tempat sejuk atau redup untuk bersembunyi, jadi kita mesti berhati-hati.


Baca Artikel Menarik:

Memalukan, KLIA sebagai lapangan terbang dengan perkhidmatan yang teruk




“Dalam tempoh dua bulan ini saja, sebanyak 526 kes tangkapan ular diterima dengan Seremban merekodkan kes tertinggi iaitu 432 kes,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan mangsa patukan ular supaya bertenang dan mengenal pasti spesis reptilia tersebut kerana ia akan membantu doktor atau paramedik memberi rawatan yang lebih pantas serta bersesuaian.

Anggota APM kongsi detik minteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Sultan Selangor titah Hadi tak beradab

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker