Shaarnaz, Amelia putus cinta?

Mereka saling 'unfollow' IG masing-masing.

Shaarnaz, Amelia putus cinta?

“IYA ke? Saya pun tak perasan tentang itu (unfollow). Saya tak mahu komen apa-apa.”

Demikian respons pelakon, Sharnaaz Ahmad yang lebih selesa tidak mengulas dakwaan putus cinta dengan bakat baharu, Amelia Christie selepas dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.



Bapa tunggal itu menegaskan mahu fokus terhadap diri sendiri dan anak lelakinya, Jebat Jayden.

Fokus saya sekarang ini adalah untuk diri sendiri dan anak saya. Amelia pun masih rapat dengan Jebat.

“Sebab itu saya tak mahu bercerita sangat tentang hubungan cinta sebab risau ada apa-apa berlaku di tengah jalan dan enggan serabut begini,” katanya.

Tegas Sharnaaz, dia juga tidak pernah mengiyakan atau menafikan mengenai hubungannya dengan Amelia sebelum ini.



Bagi saya, Amelia perempuan yang baik. Hendak kata ada hubungan ke apa, saya tak pernah mengiyakan sejak awal. Tidak bolehlah nak kata sudah putus, pening juga,” katanya lagi.

Pada masa sama, bintang filem Polis Evo 3 itu tidak menolak sekiranya dipertemukan dengan mana-mana wanita dan kembali mendirikan rumah tangga.

“Biarlah dulu (jodoh). Sebelum ini saya sudah berkahwin sekali dan ada ke jodoh kedua selepas ini?

Kalau ada rezeki saya terima, jika tiada pun, okey sahaja. Saya pun sudah ada anak dan fokus sekarang hanya mencari duit dan keluarga.



“Ditambah pula, Jebat pun akan mulakan sesi persekolahan,” ujarnya.

Terdahulu, Sharnaaz dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Amelia selepas dilihat kerap muncul berdua di beberapa acara hiburan.

Spekulasi tersebut semakin kuat apabila pelakon berusia 38 tahun itu bercuti ke Jepun bersama Amelia, Jebat dan bekas isterinya, Noor Nabila pada tahun lalu.

Selain bercuti, Amelia juga dilihat beberapa kali berkunjung ke rumah Nabila sebelum ini, sekaligus menguatkan lagi gosip cinta antara mereka.



Namun, hasil tinjauan HibGlam, kedua-duanya sudah saling tidak mengikuti akaun media sosial masing-masing hari ini.

Sebelum ini, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun. HG

Shaarnaz, Amelia putus cinta?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?



Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker