Awie sahkan kena kanser buah pinggang

Awie sahkan kena kanser buah pinggang

SEKIAN lama berahsia, penyanyi rock otai, Datuk Awie mendedahkan pernah diserang kanser buah pinggang tahap awal sekitar tiga tahun lalu.

Pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 55, itu berkata sebaik pakar mengesahkan kewujudan tumor dalam buah pinggang, dia tergamam sehingga merasakan dunianya gelap seketika.

‘Saya ada masalah buah pinggang, ada tumor dan doktor sahkan itu adalah kanser tetapi ahamdulillah dikesan lebih awal.

Masa nak maklumkan kepada saya, doktor pun macam tergagap-gagap, dia kata, ‘This is very suspicious’ dan cakap satu buah pinggang saya perlu dibuang kerana ada tumor.

“Sebaik dengar dia kata macam itu, saya rasa ‘waktu’ saya dah nak habis, macam gelap sekejap,” katanya menerusi perkongsian di segmen Pagi On Point di stesen radio Kool 101.

Bapa kepada enam cahaya mata itu mengakui menjalani pembedahan seperti saranan doktor yang bagi mengelakkan penyakit itu merebak.

Namun,pada awalnya Awie enggan menjalani operasi tersebut kerana sukar menerima kenyataan buah pinggangnya perlu dibuang malah meminta pandangan kedua pakar perubatan lain.

Pakar terbabit kemudian menyarankan penyanyi itu mendapatkan bantuan doktor lain yang pakar tentang penyakit dihidapi.

“Memang saya termenung agak lama selepas disarankan buang buah pinggang yang terjejas dan minta bagi saya peluang fikirkan ikhtiar lain.

Lalu dia cadangkan saya ke sebuah hospital dengan meminta saya bertemu seorang pakar yang menyatakan peratusan saya menghidap kanser adalah sebanyak 95 peratus.

“Selepas empat bulan, akhirnya saya setuju melakukan pembedahan membuang tumor tersebut atas pujukan isteri,” ujarnya.

Menurut selebriti yang hampir empat dekad dalam industri seni itu, pembedahan terbabit berjaya mengeluarkan tumor berukuran 2.7 sentimeter.

Manakala buah pinggangnya tidak perlu dibuang, tetapi Awie masih memerlukan pemeriksaan berkala bagi memastikan tahap kesihatannya dalam keadaan terbaik.

Sebelum ini penyanyi itu sering keluar masuk hospital berikutan keadaan penyakit gout serta masalah perut, namun tidak pernah mendedahkan berdepan masalah tumor atau kanser. HG

Awie sahkan kena kanser buah pinggang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker