Ahli-ahli Parlimen Bersatu sanggah Muhyiddin, tak akan kosong kerusi kecuali mahkamah yang putuskan
KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen BERSATU bertegas untuk tidak mengosongkan mana-mana kerusi sehingga mahkamah memutuskan untuk berbuat demikian.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, tindakan BERSATU meluluskan pindaan untuk melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya yang menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak bertentangan dengan arahan atau pendirian parti adalah satu perkara yang sia-sia
Katanya, mengapa parti mahu membuat undang-undang berkenaan sedangkan Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dibuat demi masa depan kawasan dan pengundi mereka.
“Kalau Ahli Parlimen tidak berpuas hati (dengan parti), maka mereka boleh menyokong mana-mana (kerajaan) demi masa depan dan kawasan masing-masing.
“Kalau Perikatan Nasional (PN) dan BERSATU tidak mahu berunding dengan kerajaan untuk dapatkan kemudahan bantu rakyat serta memberi sokongan untuk stabilkan politik, bagi saya ia satu kerja yang sia-sia untuk bendung seseorang Ahli Parlimen sebagai seorang pemimpin.
“Di pihak saya dan rakan-rakan, perkara ini sudah pun berlaku…. tetapi kami tetap akan beri sokongan kepada Perdana Menteri (PM) dan yakin bahawa PM ada dasar jelas dan usaha nak bantu rakyat khususnya mengenai kos sara hidup supaya rakyat mendapat barang keperluan dengan harga yang murah.
“Bagi kami, akan tetap bertegas dan tidak akan kosongkan mana-mana kerusi sehingga (mahkamah) memutuskan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, BERSATU meluluskan Perkara 10 perlembagaan parti itu selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan BERSATU yang hadir pada Perhimpunan Agung Khas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang, hari ini.
Pindaan perlembagaan itu dibuat susulan tindakan enam Ahli Parlimen BERSATU yang menyatakan sokongan kepada Anwar sebelum ini.
Selain Syed Abu Hussin, Ahli Parlimen lain ialah Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
Dalam pada itu, Syed Abu Hussin meminta supaya Ahli Parlimen BERSATU yang mahu menyokong Kerajaan MADANI supaya tidak takut untuk berbuat demikian.
“Saya menyeru mana-mana Ahli Parlimen untuk tidak takut dengan pindaan berkenaan… kalau ada niat nak sokong PM, teruskan.
“Kerana semua peraturan ini boleh dicabar di mahkamah dan belum tentu pindaan ini akan diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan (RoS) atau mahkamah,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Memalukan, KLIA sebagai lapangan terbang dengan perkhidmatan yang teruk
- Sultan Selangor titah Hadi tak beradab
- Orang buta dengan gajah
- Pemuda Umno desak PM pecat ‘menteri kong kali kong’
- Agong telah ‘crossed the line’ – Hassan Karim
- Paul Yong ada peluang merogol pembantu rumah dalam tempoh 30 minit – Hakim
- Bekas suami tak tergamak aniaya Sarimah – Suliza Salam
- Anak tiri Taib mahu letak TV di kubur arwah
- Caprice dedah sisi lain Mawla Amin
- Khairuddin dilantik KP J-Kom
- Elews Mart milik Ebit Lew bakal ditutup?
- 2 individu bertengkar sebelum terbakar
- King Sing ektremis, tidak tahu jaga sensitiviti rakyat beragama Islam – Dr Akmal
- Hukum faraid tidak adil?
- Bahalol, suatu naskhah dahsyat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johan gosok baju saya – Ozlynn
Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai