Kemalangan maut di Jementah korbankan wanita
SEGAMAT – Seorang wanita maut apabila kereta dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan lori treler di Jementah dekat sini, pada Jumaat.
Menurut Komander Operasi oleh Pegawai Bomba Kanan II KUP Zamri Uyob, pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS 999 pada jam 2.11 petang Jumaat.
Katanya, sejurus menerima panggilan berkenaan, satu Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melibatkan satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat dengan kekuatan enam anggota bomba dihantar ke lokasi.
“Setibanya PKO ke lokasi, didapati kemalangan jalan raya tersebut melibatkan dua kenderaan iaitu kereta Perodua Kancil dengan lori treler.
“Pemandu kereta Perodua Kancil iaitu seorang wanita didapati tersepit di bahagian pemandu dan dikeluarkan oleh PKO menggunakan peralatan khas RTA.
“Bagaimanapun, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi,” katanya.
Mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu, pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan tersebut.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Memalukan, KLIA sebagai lapangan terbang dengan perkhidmatan yang teruk
- Sultan Selangor titah Hadi tak beradab
- Orang buta dengan gajah
- Pemuda Umno desak PM pecat ‘menteri kong kali kong’
- Agong telah ‘crossed the line’ – Hassan Karim
- Paul Yong ada peluang merogol pembantu rumah dalam tempoh 30 minit – Hakim
- Bekas suami tak tergamak aniaya Sarimah – Suliza Salam
- Anak tiri Taib mahu letak TV di kubur arwah
- Caprice dedah sisi lain Mawla Amin
- Khairuddin dilantik KP J-Kom
- Elews Mart milik Ebit Lew bakal ditutup?
- 2 individu bertengkar sebelum terbakar
- King Sing ektremis, tidak tahu jaga sensitiviti rakyat beragama Islam – Dr Akmal
- Hukum faraid tidak adil?
- Bahalol, suatu naskhah dahsyat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET