Lelaki berlumuran darah pandu 3km ke balai polis kerana ditikam

PETALING JAYA: Seorang lelaki terpaksa memandu sendiri sejauh tiga kilometer ke balai polis dalam keadaan berlumuran darah selepas diserang lelaki bersenjata di Rawang, Isnin lalu.

Tindakan itu berjaya menyelamatkan nyawa lelaki berusia 47 tahun itu apabila diberi rawatan segera di Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 6.48 petang.



Mangsa berlumuran darah ketika datang membuat laporan di Balai Polis Bandar Country Homes, katanya.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 5 petang ketika mangsa berada dalam kereta di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudiannya diserang tiga lelaki tidak dikenali menggunakan senjata tajam sebelum mangsa melarikan diri ke balai polis,” katanya, lapor Harian Metro.

Mangsa terus diberi bantuan oleh polis sebelum dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans.



“Mangsa disahkan mengalami kecederaan bahagian tangan, belakang badan serta bahu akibat kejadian.

“Mangsa kini berada dalam keadaan stabil. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah, di talian 019-9260203 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung



Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim



Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker