Guru Kimia kantoi ‘main’ bersama pelajar sekolah
SHANGHAI – Seorang guru di Shanghai digantung tugas selepas suaminya membuat aduan bahawa wanita berkenaan menjalin hubungan sulit dengan pelajar berumur 16 tahun, lapor portal berita VNEXpress semalam.
Suami dikenali sebagai Wu itu berkongsi rekod perbualan mesej telefon bimbit antara isterinya, Zhang Yue bersama pelajar tersebut.
Yue merupakan seorang guru kimia di sebuah sekolah menengah di Shanghai.
Perbualan mereka berkisar tentang tarikh temu janji rahsia dan kemungkinan menyewa sebuah bilik hotel.
Yue yang dipercayai berumur dalam lingkungan 30-an, didakwa mengarahkan pelajar tersebut untuk memadamkan rekod perbualan sebagai usaha menyembunyikan hubungan sulit mereka.
Sebagai tindakan, pihak pengurusan sekolah mengumumkan bahawa guru terbabit digantung tugas sementara dakwaan hubungan sulit tersebut disiasat, baru-baru ini.
Guru itu tidak melanggar undang-undang jika pelajar terbabit berumur lebih 16 tahun, kata seorang peguam kepada akhbar Modern Express.
Kisah itu tular platform tempatan, Weibo dan dalam masa 19 jam sahaja, ia merekodkan kira-kira 2.5 bilion tontonan. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ustazah Asma terpaksa tutup kedai
- Lima ‘rider’ didakwa membunuh pemandu kereta yang terbabit nahas
- Itu bukan ‘lesen’ untuk pukul adik saya sampai mati
- Palsu, bukan orang Malaysia – FAM
- Ringgit terkurang nilai – Abdul Rasheed
- Tentera AS bakar diri bantah perang Gaza di luar Kedutaan Israel di Washington
- Pengarah Emraz mengaku tak salah gagal bayar tuntutan jemaah Umrah
- Fatiya Latiff makin ‘gila’, ajak Zahirah berduet pulak (Video)
- Adakah Anwar akan ‘tergelincir’ bersama nilai ringgit?
- Zahid serik seserik-seriknya
- Myvi hilang kawalan dan ‘terbang’ (Video)
- Wawa Zainal pilih madu Marissa sebagai duta tudung
- Kereta api ‘hantu’ bergerak lebih 70 kilometer tanpa pemandu
- Konsert pada malam Nisfu Syaaban di Kedah
- Pemandu mati dipukul, lihat bagaimana sikap Rasulullah terhadap pesalah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET