Cubaan ‘kencing’ Oppa Hong, pemandu tuk-tuk minta maaf

HONG Min diganggu oleh seorang pemandu tuk-tuk wanita di Ayutthaya baru-baru ini. – Foto The Nation

BANGKOK  – Satu rakaman klip video yang disiarkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Il Hong Min di saluran YouTubenya ‘Oppa Hong’ menunjukkan dia diganggu oleh seorang pemandu tuk-tuk wanita, lapor portal berita The Nation hari ini.

Klip video itu menunjukkan Min dan rakannya diganggu oleh pemandu tuk-tuk tersebut ketika mereka mahu menggunakan pengangkutan awam baru-baru ini.

Dia meminta penyanyi itu dan rakannya untuk membeli pakej  bersiar-siar di sekitar bandar Ayutthaya dengan menaiki tuk-tuk selama empat jam pada  harga 1,200 baht (RM158.55).

Apabila ditanya mengapa harganya lebih tinggi daripada perkhidmatan pengangkutan Grab, wanita berkenaan mendakwa bahawa harga itu berdasarkan peraturan Polis Pelancong.

Sebagai tindak balas terhadap klip tular itu, pegawai-pegawai daripada agensi berkaitan termasuk rangkaian pengangkutan Ayutthaya dan Polis Pelancong tiba di tempat kejadian semalam.

Ketika disoal siasat, pemandu tuk-tuk dikenali sebagai Somjit itu berkata, dia menawarkan untuk membawa mereka ke sebuah restoran dan kemudian ke tempat pelancongan lain pada  harga 600 baht (RM79.30) seorang.

Wanita tersebut berkata, dia tidak cuba menipu atau menaikkan harga  terhadap  pelancong.

“Saya ingin memohon maaf kepada pelancong itu kerana bercakap dengan cara kurang sopan,” katanya sambil menambah, matlamatnya adalah untuk membawa mereka bersiar-siar selepas kedua-dua lelaki itu makan.

Harga yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pelancongan ialah 300 baht (RM39.70) sejam untuk pelancong asing dan 200 baht (RM26.50) sejam bagi warga tempatan –   AGENSI

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker