Agong beri ‘lesen’ untuk speaker bertegas pada MP degil, biadab
Ini adalah yang dewan mulia bukan dewan sangkar beruk
Agong beri ‘lesen’ untuk speaker bertegas pada MP degil, biadab
Pada hari pertama sidang Dewan Rakyat bagi penggal ketiga Parlimen ke-15 hari ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberi ‘lesen’ kepada speaker untuk bertindak tegas ke atas wakil rakyat yang gagal mematuhi disiplin.
Bertitah pada majlis perasmian pagi ini Sultan Ibrahim memberitahu baginda pernah berasa “malu” untuk memasuki parlimen selepas melihat tingkah laku sesetengah ahli dewan.
“Kalau tengok perangai ahli parlimen sebelum ni, saya rasa malu hendak masuk ke dewan ni,” titah baginda disambut dengan tepukan meja ahli-ahli parlimen.
Titah baginda lagi, parlimen ialah tempat sesuatu undang-undang negara digubal, justeru ahlinya mesti menunjukkan contoh teladan yang baik.
“Oleh itu, adalah tidak masuk akal penggubal itu gagal mematuhi peraturan yang dibuat.
“Menjadi harapan saya agar semua ahli parlimen tunjukkan contoh teladan baik apabila berada di dewan yang mulia ini.
“Jaga adab dan tatatertib, gunakan tutur kata yang sopan, bukan maki-hamun orang lain,” titahnya.
Menurut Sultan Ibrahim Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu memastikan semua anggotanya mematuhi peraturan yang ditetapkan di sepanjang tempoh persidangan.
“Saya beri greenlight (lampu hijau) kepada speaker untuk ambil tindakan terhadap ahli parlimen yang melampaui batas… boleh banned (gantung) 14 hari jika ada yang masih degil,” titah baginda lagi.
Isu disiplin sesetengah ahli parlimen sudah beberapa kali menarik perhatian ramai dan mendapat kecaman, termasuk daripada kalangan orang ramai.
Antara perbuatan yang keterlaluan pernah dilakukan ahli parlimen ialah mengeluarkan perkataan perkauman, cacian dan menjerit-jerit.
Ini adalah yang dewan mulia bukan dewan sangkar beruk
Pada 15 Feb tahun lalu Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, pernah memberi amaran agar semua ahli parlimen tidak menggunakan perkataan berbaur perkauman, menghina dan tidak berparlimen semasa bersidang.
Kata Johari, pihaknya berharap semua ahli parlimen memberi komitmen untuk menjaga tatasusila bagi menjamin perjalanan Dewan Rakyat yang berkualiti.
Untuk rekod Sultan Ibrahim juga pernah memberi amaran keras semasa baginda bertitah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ogos 2021.
Titah baginda DUN merupakan tempat yang dikhususkan untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi menjaga kepentingan rakyat serta negeri.
“Jangan cemarkan dewan ini dengan perangai buruk. Ini adalah yang dewan mulia bukan dewan sangkar beruk,” titah baginda.
Sultan Ibrahim juga bertitah pada hari ini, baginda merupakan “orang baru” kerana belum sampai sebulan memegang jawatan sebagai Agong.
Justeru, titah baginda, ada banyak perkara yang perlu ‘dipelajari’.
“Ucapan saya pada hari ini lebih halus kalau dibandingkan dengan ucapan saya di Johor (sebelum ini).
“Saya bagi peluang supaya tidak ada yang tersinggung tapi akan datang, harap berjaga-jaga,” titahnya lagi dan disambut dengan tepukan meja ahli-ahli parlimen.
Sultan Ibrahim merupakan Agong yang ke-17 dan mengangkat sumpah jawatan pada 31 Jan lalu. Baginda akan memegang jawatan tersebut selama lima tahun. Mk
Agong beri ‘lesen’ untuk speaker bertegas pada MP degil, biadab
Baca Artikel Menarik:
- Pemandu dipukul mati sah positif dadah
- Bekas setiausaha sulit kanan Menteri Pelancongan diperintah bela diri terima suapan
- ‘Ibu ayam’ paksa budak 11 tahun melacur ditahan
- Zarina Zainuddin nak ‘azan’ telinga penyondol
- Malaysia desak Israel undur, bayar pampasan penuh kepada Palestin
- Setiap kali bergerak, saya akan dihentak, ditendang tentera Israel
- Mahathir berisiko ditahan jika tak sertai RCI Batu Puteh bila dipanggil
- Masalah Hadi-Muhyiddin masih tak selesai walau jumpa 2 kali
- Keluarga pemandu dipukul mati tuntut keadilan
- Kucing kayangan disamun, pemilik ditetak
- Doktor dituduh amang seksual 6 pesakit kanak-kanak
- ‘Sugar baby’ berpakaian mewah bernilai RM176k (Video)
- Harta Mokhzani terlalu banyak, lanjutan masa wajar diberikan – Azam
- Puad sedia berdepan Rafizi
- Masalah Hadi-Muhyiddin masih tak selesai walau jumpa 2 kali
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.