Maut kereta dihempap batu

Maut kereta dihempap batu

TENOM: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya dihempap batu yang jatuh dari atas bukit di Kuala Tomani, Mansaam, di sini, hari ini.

Mangsa Ho Ka Cheong, 66, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom Penolong Penguasa Bomba, Zainal Sinsian berkata, sepasukan pegawai digerakkan ke lokasi yang terletak 55 kilometer (km) dari sini bagi menjalankan operasi menyelamat sebaik menerima panggilan pada jam 12.27 tengah hari.

“Kejadian membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dihempap batu yang jatuh dari atas bukit dan terdapat seorang mangsa lelaki di dalam kereta berkenaan.

“Pasukan bomba yang menjalankan operasi terpaksa berhenti sebaik menempuh perjalanan sejauh 45km dan menaiki kenderaan orang awam sejauh 10km lagi untuk melalui jalan tidak berturap iaitu laluan lori balak untuk tiba di lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan dan mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan.



Katanya, operasi keseluruhan ditamatkan jam 3.22 petang.

Maut kereta dihempap batu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks



Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker