Mercedes terbakar di Gurun

Mercedes terbakar di Gurun

ALOR SETAR: Seorang pemandu dan penumpang sebuah kereta mewah berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar di tepi jalan di Kilometer 82, Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gurun, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.18 petang.



“Maklumat awal yang diterima, kebakaran melibatkan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz yang terbakar hampir 90 peratus di tepi jalan lebuh raya.

“Difahamkan, sebelum kejadian pemandu dan penumpang itu melihat asap keluar dari kereta berkenaan sebelum pemandu memberhentikan kereta di tepi jalan dan keluar dari kereta sebelum ia terbakar sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata api berjaya dikawal pada 3.50 petang.

“Usaha pemadaman dilakukan sembilan anggota dari BBP Guar Chempedak dengan menggunakan dua jentera dan pemadaman tamat sepenuhnya pada 4.08 petang,” katanya. Aw



Mercedes terbakar di Gurun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi



Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam



Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker