Kebocoran gas ammonia, 10 pekerja kilang digegas ke hospital
Kebocoran gas ammonia, 10 pekerja kilang digegas ke hospital
Seramai 10 pekerja digegaskan ke hospital selepas berlaku kebocoran gas di sebuah kilang, dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7, Shah Alam.
Menurut bomba, siasatan mendapati kejadian membabitkan kebocoran daripada injap tangki penyimpanan gas ammonia.
“Maklumat terkini mangsa yang terbabit seramai 10 orang, iaitu lapan pekerja wanita dan dua pekerja lelaki termasuk seorang pekerja kilang bersebelahan.
“Semua mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam bagi rawatan selanjutnya. Kerja-kerja bagi menutup injap bocor sedang dilakukan oleh pasukan Hazmat,” kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, menurut Berita Harian.
Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.15 pagi tadi.
Dalam pada itu, Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, dilapor berkata keadaan semua pekerja terbabit stabil.
“Semua pekerja… sudah mendapat rawatan oksigen dan keadaan mereka stabil,” katanya. FMT
Kebocoran gas ammonia, 10 pekerja kilang digegas ke hospital
Baca Artikel Menarik:
- Daim saman Azam Baki
- Tamatlah riwayat 6 jahanam Bersatu – Razali
- PAS tetap tagih kerjasama walau UMNO dah ‘tutup buku’
- Aslam nak tambah satu lagi
- Bomoh minta kain kapan orang mati dibunuh untuk rawat penyakit
- Pemuda Umno minta DAP tak ulang isu sensitif, utamakan menyelesaikan masalah rakyat
- Ketua bahagian Umno tak puas hati rombakan exco Johor
- ‘Pensyarah lucah’ akhirnya dibicara, bekas siswi harap kebenaran terungkai
- MP Julau diserang samseng ‘wild west’
- Elly Arifin bengang ada yang berani kirim gambar alat sulit
- Hadi, Takiyuddin buat-buat tak faham
- Nak saya minta maaf, teruskan bermimpi – Dr Akmal
- Hadi hina institusi kehakiman, Perlembagaan – Hasbie
- Kes Jana Wibawa Adam Radlan: Pendakwaan kemuka 47 saksi
- Ebit ajak tukar pasangan lakukan seks – Saksi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin