Hizbullah serang balas lancar roket ke utara Israel

Hizbullah serang balas lancar roket ke utara Israel

BEIRUT: Hizbullah memaklumkan pihaknya melepaskan berpuluh-puluh roket ke sebuah bandar di utara Israel sebagai ‘tindak balas awal’ terhadap pembunuhan 10 orang awam di selatan Lubnan.

Serangan Israel itu menyebabkan jumlah kematian tertinggi orang awam di Lubnan dalam tempoh empat bulan permusuhan rentas sempadan antara kedua-dua negara.

Sehubungan itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa semua pihak menghentikan apa yang dipanggil ‘peningkatan berbahaya’ konflik di Asia Barat kebelakangan ini.

Peningkatan keganasan itu berlaku selari dengan perang Israel-Palestin di Gaza dan mencetuskan kebimbangan konfrontasi yang lebih ketara antara Hizbullah yang disokong Iran dan kumpulan pejuang Islam lain di rantau itu dengan Israel.

Tentera Israel berkata, pihaknya membunuh seorang komander kanan dalam unit elit Radwan, seorang komander dan seorang lagi pegawai dalam ‘serangan udara tepat’ di Nabatieh di Lubnan pada Rabu, tanpa menyebut mengenai kematian orang awam.

Hizbullah berkata, tiga pejuangnya terbunuh pada Rabu dan kemudian mengesahkan bahawa antara mereka ialah seorang komander dalam unit Radwan, Ali al-Debs.

“Musuh akan mendapat balasan setimpal daripada serangan ini dan Hizbullah mempunyai hak yang sah untuk membela rakyatnya,” katanya kepada Reuters.

Sumber yang rapat dengan Hizbullah berkata, serangan ke atas Nabatieh menandakan peningkatan keganasan, tetapi masih mematuhi norma pertempuran, yang mana kebanyakan keganasan hanya berlaku berhampiran sempadan.

Jurucakap kerajaan Israel, Avi Hyman, berkata satu-satunya mesej Israel kepada Hizbullah ialah ‘jangan cabar kami’.

“Seperti yang dikatakan oleh Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, pada awal perang, perkara sama yang Israel akan lakukan di Gaza terhadap Hamas akan dilakukan terhadap Lubnan,” katanya.

Gallant, yang memberi taklimat kepada pihak berkuasa menjalankan latihan kesiapsiagaan perang di perbatasan Lubnan dan Syria, berkata tentera tidak menginginkan perang.

Sebaliknya, tambah beliau, Israel hanya mahu rakyatnya yang dihalau dari utara, dibenarkan kembali ke kediaman mereka, baik mengikut ‘proses perjanjian tertentu’ atau sekiranya tiada pilihan lain, melalui ‘tindakan tentera’.

Jurucakap pasukanpengaman PBB di Lubnan (UNIFIL), Andrea Tenenti, berkata terdapat ‘peningkatan ketara kes berbalas serangan’ termasuk yang menyasarkan kawasan yang jauh daripada Garis Biru yang menjadi sempadan.

Keganasan setakat ini meragut lebih 200 nyawa di Lubnan termasuk lebih 170 pejuang Hizbullah selain sekitar 12 anggota tentera Israel dan lima orang awam manakala puluhan ribu kehilangan tempat tinggal. BH

Hizbullah serang balas lancar roket ke utara Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker