Andalusia, Bank Islam sedia pinjaman tunai haji dan umrah
Andalusia, Bank Islam sedia pinjaman tunai haji dan umrah
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menyasarkan kira-kira 20 peratus daripada 80,000 sasaran jemaah umrahnya menjelang musim 1446H ini akan mengambil manfaat pembiayaan umrah dan haji yang ditawarkan pihak Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata jumlah tersebut mampu dicapai dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bersama institusi kewangan tersebut hari ini.
Ida berkata, pembiayaan yang disediakan itu terbuka kepada semua dan mereka tidak perlu teragak-agak memohon kerana kini sudah banyak hujahan dan fatwa dikeluarkan berkaitan dengan pembiayaan umrah dan haji.
“Secara peribadi, menjalani ibadah umrah dan haji dalam keadaan tenang dari sudut kewangan iaitu hasil pembiayaan BIMB adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan mempercayai pakej murah disediakan seterusnya tertipu.
“Selain itu ada juga yang terpaksa menunggu giliran bermain kutu, terpaksa tunggu duit pencen namun pada ketika itu berkemungkinan terhalang akibat faktor kesihatan atau pun tidak sempat langsung untuk mengerjakan umrah atau haji,” katanya dalam ucapan sempena majlis menandatangani MoU bersama Bank Islam di sini.
Tambah Ida, isu pembiayaan peribadi itu sudah beberapa kali dirujuk kepada pihak Muzakarah Haji dan Fatwa Kebangsaan dan pihak berkaitan memutuskan bahawa pembiayaan itu dibolehkan dan diharuskan dengan pematuhan tiga syarat.
Katanya, pinjaman kewangan yang dilaksanakan itu tidak mempunyai unsur riba selain pemohon hendaklah mempunyai pendapatan yang melebihi sara diri serta orang dalam tanggungannya untuk melunaskan hutang dan perbelanjaan mengerjakan umrah dan haji.
“Mereka yang mendapatkan pembiayaan umrah atau haji ini adalah berlandaskan konsep ‘pembayaran tertangguh’ bagi memudahkan pengurusan kewangan peribadi tanpa perlu menjual segala harta mereka.
“Terdapat pelbagai kelebihan yang boleh dimanfaatkan oleh umat Islam terutamanya kepada golongan berpendapatan tetap kerana skim pembiayaan ini adalah satu bentuk perancangan kewangan yang boleh mendisiplinkan seseorang untuk merancang waktu pelaksanaan ibadat umrah dan haji ketika usia muda,” ujarnya.
Pembiayaan umrah dan haji hasil usahasama tersebut membolehkan bakal jemaah untuk menambah serta mencukupkan simpanan ke Tanah Suci melalui kemudahan ini dengan kadar minimum pembiayaan adalah RM10,000 dengan tempoh bayaran maksimum selama 10 tahun. K Online
Andalusia, Bank Islam sedia pinjaman tunai haji dan umrah
Baca Artikel Menarik:
- Daim saman Azam Baki
- Tamatlah riwayat 6 jahanam Bersatu – Razali
- PAS tetap tagih kerjasama walau UMNO dah ‘tutup buku’
- Aslam nak tambah satu lagi
- Bomoh minta kain kapan orang mati dibunuh untuk rawat penyakit
- Pemuda Umno minta DAP tak ulang isu sensitif, utamakan menyelesaikan masalah rakyat
- Ketua bahagian Umno tak puas hati rombakan exco Johor
- ‘Pensyarah lucah’ akhirnya dibicara, bekas siswi harap kebenaran terungkai
- MP Julau diserang samseng ‘wild west’
- Elly Arifin bengang ada yang berani kirim gambar alat sulit
- Hadi, Takiyuddin buat-buat tak faham
- Nak saya minta maaf, teruskan bermimpi – Dr Akmal
- Hadi hina institusi kehakiman, Perlembagaan – Hasbie
- Kes Jana Wibawa Adam Radlan: Pendakwaan kemuka 47 saksi
- Ebit ajak tukar pasangan lakukan seks – Saksi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah
You must be logged in to post a comment.