Kartel perolehan TLDM: Pegawai tentera, pemilik syarikat direman

Kartel perolehan TLDM: Pegawai tentera, pemilik syarikat direman

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai Tentera Laut (TLDM) dan seorang pemilik syarikat yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes sindiket kartel kerja-kerja perolehan melibatkan sebuah Kem TLDM di negeri ini, direman lima hari.

Perintah reman hingga 18 Feb terhadap lelaki berumur 42 dan 55 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Norkhalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret hari ini.



Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, kedua-dua individu itu yang memakai baju lokap SPRM dengan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret kira-kira 9 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Semalam, kedua-dua individu itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 4 petang.

Pada 19 Jan lepas, dilaporkan tiga lelaki berumur lingkungan 28 hingga 47 tahun yang dipercayai dalang kepada “kartel perolehan” melibatkan 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan kem terbabit turut direman tujuh hari hingga 25 Jan.



Reman itu bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 18 akta sama, sebelum ketiga-tiga mereka dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Menurut sumber, kerja-kerja pembinaan di kem berkenaan melibatkan jumlah nilai perolehan keseluruhan melebihi RM9 juta dengan pembayaran penuh telah dibuat, namun pembinaan masih belum siap dengan sempurna. FMT

Kartel perolehan TLDM: Pegawai tentera, pemilik syarikat direman

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua



Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker