Hancur hidup salah pilih suami – Shila Amzah
Hancur hidup salah pilih suami – Shila Amzah
Penyanyi Shila Amzah berpendapat hidup seseorang individu khususnya wanita bergelar isteri musnah sekiranya tersalah memilih suami.
Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata, lebih teruk sekiranya wanita tersebut bersuami dan bermentuakan mereka memberi layanan buruk selepas berkahwin.
“Sedihnya kalau tersalah pilih suami dan keluarga mentua.
“Memang hancur hidup. Semoga diberikan kekuatan kepada individu ini,” katanya dalam platform X.
Pelantun lagu Memori Tercipta itu memberi reaksi sedemikian selepas membaca dan mengulang siar luahan hati seorang wanita yang sering dihina oleh keluarga mentua selain menyesal kerana mengahwini seorang suami tidak bertanggungjawab.
Antara luahan yang dikongsi individu tersebut ialah dilayan teruk oleh ibu mentua dan sering menyebelahi anak sendiri berbanding menantu.
“Mak mentua memang asyik menangkan anak dia yang dianggap paling baik dan elok dalam dunia. Aku selalu kena hina dan diperli mak mentua.
“Dulu arwah mak aku ada tinggalkan sedikit harta tetapi habis semua suami aku pinjam dan tidak pulangkan. Barangan kemas aku semua dia jual,” luah individu tersebut. K Online
Hancur hidup salah pilih suami – Shila Amzah
Baca Artikel Menarik:
- Tunggu 28 Februari, tengok berapa lagi wakil BERSATU sokong Anwar
- Tak perlu serang Zahid, masih ada ruang untuk pembebasan Najib
- Tol percuma sempena Tahun Baharu Cina
- Fatiya Latiff ambil dadah?
- Lelaki ditahan serang polis dalam kejadian kemalangan maut
- Kes pegawai polis bunuh pelajar disebut semula pada 21 Mac
- Anak hampir maut selepas minum ais berperisa
- Arab Saudi berminat jalin hubungan dengan Israel – Blinken
- Taib Mahmud di rumah, siasatan masih dijalankan – Polis
- Warga asing kacau pengurus wanita kena ‘henjut berjemaah’ [VIDEO]
- Sindiket pembayaran MyPay88 tumpas, Datuk Seri ditahan
- Muhyiddin mohon pasport ke Bangkok untuk pembukaan restoran
- Orang lain merisik, orang lain difitnah – Pegawai Hamzah
- Hanya bukan Islam saja boleh beli – Norreen Iman
- Bibik jaga Musa, dia pergi ‘dating’ – Noh Salleh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saharul Ridzwan jual rumah pula
You must be logged in to post a comment.