Guna kamera badan pada setiap penguat kuasa, bendung rasuah

Guna kamera badan pada setiap penguat kuasa, bendung rasuah

Penggunaan kamera badan pada setiap anggota penguat kuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu disegerakan bagi membendung gejala rasuah daripada menular.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) Jais Abdul Karim berkata, langkah itu antara inisiatif pemantauan terbaik, terutama memastikan warga PDRM bertugas dengan jujur dan berintegriti.



Menurutnya, PDRM perlu meningkatkan pengawasan dalaman dan melaksanakan siasatan telus berkaitan aduan rasuah atau salah guna kuasa membabitkan anggota serta pegawai mereka.

“Perlakuan anggota yang dirakam video (tular) mengambil rasuah itu benar-benar menjejaskan maruah PDRM.

“PDRM perlu lebih tegas dalam menekankan kepentingan integriti dalam perkhidmatan anggotanya dan meningkatkan serta mempelbagaikan usaha membanteras rasuah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kesempitan hidup dan kemelesetan ekonomi merupakan antara faktor utama seseorang itu cenderung meminta atau menerima rasuah.



Untuk itu, katanya, kerajaan perlu mengkaji dan menaikkan kadar gaji anggota polis seiring dengan kos sara hidup sebagai salah satu usaha membanteras rasuah daripada terus merebak.

“Apabila individu dan keluarga berdepan dengan tekanan kewangan yang besar, mereka mungkin terpaksa membuat pilihan yang sukar, termasuk menerima rasuah atau berhutang untuk memenuhi keperluan asas.

“Kajian yang teliti oleh agensi berkaitan dapat memberikan pandangan yang lebih jelas tentang corak dan punca rasuah dalam masyarakat.

“Ini membolehkan pembuat dasar dan pihak berkepentingan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mencegah dan membanteras rasuah secara berkesan,” katanya.



Dalam memperkasa kualiti perkhidmatan, Jais berkata, warga PDRM juga perlu dilengkapkan dengan peralatan dan persekitaran kerja yang meningkatkan keberkesanan dalam menjalankan tugas.

Katanya, peningkatan gaji dan kelengkapan yang sempurna dapat memastikan setiap anggota dan pegawai polis berkhidmat secara profesional serta diharap dapat membantu mereka memelihara integriti dalam pasukan.

“Ini adalah langkah yang perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk memperbaiki sistem dan menunjukkan komitmen yang teguh terhadap keadilan dan integriti dalam perkhidmatan awam,” katanya. HM

Guna kamera badan pada setiap penguat kuasa, bendung rasuah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar



Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil



Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker