RCI Batu Puteh, jangan hangat tahi ayam

RCI Batu Puteh, jangan hangat tahi ayam

Seorang pemimpin Umno berharap penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) Batu Puteh tidak tertangguh lama, seperti mana nasib RCI bekas peguam negara, Tommy Thomas yang belum ditubuhkan sehingga kini.

“Ia sepatutnya sudah lama dilaksanakan. Diharap RCI Pulau Batu Puteh tidak tertangguh lama seperti RCI Tommy Thomas,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi dalam catatan Facebook.



Penubuhan RCI Thomas dipersetujui dalam Jemaah Mentei pada 11 Jan 2023, namun anggota jawatankuasanya belum dilantik selepas setahun.

RCI itu bertujuan menyiasat dakwaan Thomas dalam bukunya bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” yang antara lain menyentuh pelantikan hakim kanan pada era pentadbiran Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri ketujuh.

Puad turut menyentuh keputusan Mahathir menarik balik permohonan semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa Batu Puteh milik Singapura pada 2018.

“Apa muslihat penarikan tersebut? Apakah Kabinet maklum? Kenapa tarik dengan tergesa-gesa selepas jadi PM ke-7? Apa peranan Tommy Thomas?



“Semoga RCI Pulau Batu Puteh tidak hangat-hangat tahi ayam. Ia akan menjejaskan imej kerajaan. Negara kehilangan wilayah. Penggadai kedaulatan mesti dihukum.”

Semalam, Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan RCI bagi mengkaji kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Setiausaha Jemaah Menteri, Mohd Zuki Ali dilaporkan berkata penubuhan RCI itu selaras Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dan keanggotaan suruhanjaya terbabit akan dibawa untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Tahun lalu, pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk mengkaji kes itu mendapati Mahathir mungkin membuat kesilapan menarik balik permohonan berkenaan.



Pada masa sama, Peguam Negara ketika itu, Idrus Harun berpandangan keputusan menarik balik permohonan itu “tidak teratur” dan “tidak wajar”. FMT

RCI Batu Puteh, jangan hangat tahi ayam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker