RCI Batu Puteh diharap dapat mendedahkan tindakan Mahathir sewaktu menjadi PM

KUALA LUMPUR: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji isu pengendalian kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan diharap dapat menjawab persoalan tindakan dilakukan kerajaan terdahulu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa terlalu banyak misteri berlaku ke atas kes Batu Puteh.

Katanya, antara persoalan perlu dijawab adalah kenapa bekas Perdana Menteri Mahathir menarik balik permohonan semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memihak pada Singapura.



“Apa muslihat penarikan berkenaan? Apakah Kabinet maklum? Kenapa tarik dengan tergesa-gesa selepas jadi Perdana Menteri ketujuh? Apa peranan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas?” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan RCI itu seperti diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mohd Zuki berkata penubuhan RCI itu dibuat selaras Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), yang mana cadangan keanggotaannya akan dibawa untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Mohd Puad berkata, rakyat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan RCI Batu Puteh.



Katanya, RCI itu sepatutnya sudah lama dilaksanakan.

“Diharap RCI Batu Puteh tidak tertangguh lama seperti RCI Tommy Thomas …Keadilan tertangguh bila RCI Tommy Thomas tertangguh.

“Ia akan menjejaskan imej kerajaan. Negara kehilangan wilayah…Penggadai kedaulatan mesti dihukum,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker