Askar upahan Malaysia dikesan di wilayah Donetsk

Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan Ukraine berkata askar itu dilihat menjalani latihan di wilayah yang dikuasai Rusia.

Askar upahan Malaysia dikesan di wilayah Donetsk

Rakyat Malaysia didakwa antara askar upahan yang berperang bersama tentera Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine, menurut satu laporan tentera Ukraine.

Tentera Rusia dan sekutunya kini menguasai sebahagian besar Donetsk sejak 2014, selepas protes demokrasi besar-besaran di negara itu membawa kepada konflik perang saudara.



“Rusia terus mengambil tentera upahan dari beberapa negara di seluruh dunia untuk meneruskan dasar keganasan mereka,” kata notis ringkas oleh Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan Ukraine.

“Askar upahan dari Malaysia ditemani penterjemah, termasuk bekas anggota kumpulan Wagner dilihat di wilayah Donetsk yang dikuasai Rusia.

“Pejuang itu ketika ini sedang menjalani latihan. Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan memberi amaran sesiapa bersama Rusia menentang Ukraine adalah sasaran ketenteraan.”

Pejuang dari Cuba, Nepal, Belarus dan Serbia antara kumpulan yang sering dilihat sebagai “anggota angkatan bersenjata Rusia”.



Menurut laman sesawang Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan Ukraine, kumpulan itu ditubuhkan oleh Pasukan Operasi Khas Ukraine untuk melatih, mengkordinasi dan merancang gerakan terhadap penjajahan di negara itu.

Kumpulan bersenjata yang mempunyai hubungan dengan tentera Rusia seperti kumpulan Wagner dilaporkan aktif di Ukraine dan dituduh terbabit dengan banyak pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Wisma Putra telah dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai laporan itu. FMT

Askar upahan Malaysia dikesan di wilayah Donetsk



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker