Tindakan ‘bersilat’ di Masjid Nabawi dibela [VIDEO]

KUALA LUMPUR: “Tidak perlu kecam tindakan mereka bersilat di pekarangan masjid,” kata Timbalan Dekan Jaringan Industri, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Ini kerana katanya, selain solat dan beriktikaf, masjid sejak zaman Nabi Muhammad SAW turut digunakan sebagai tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti program ilmu.

Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.
Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Beliau berkata, pada zaman berkenaan bukan sahaja dalam masjid dan pekarangan tetapi di tepi masjid turut digunakan untuk berlatih memanah bagi pertahankan diri ketika perang.



Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai satu klip video berdurasi 27 saat yang menunjukkan seorang individu bersama dua kanak-kanak membuat persembahan silat di pekarangan Masjid Nabawi di Madinah.

Bagaimanapun, video yang tular sejak beberapa hari lalu itu, mendapat kecaman daripada netizen kerana dikatakan tidak menghormati kawasan berkenaan.

Namun tidak dapat dipastikan individu berkenaan adalah rakyat Malaysia atau dari negara jiran.

Justeru Mohd Izhar yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), berkata tidak perlu marah dengan individu yang bersilat di pekarangan masjid.



“Mungkin dia hendak berlatih persembahan silat atau membawa budaya dan adat Melayu ke sana kerana lengkap berpakaian silat seperti pendekar. Kita tidak tahu niat dia.

“Selagi mana polis tidak tahan, apa yang dilakukan tiada masalah selagi tidak menyalahi undang-undang.

“Sebab ada macam-macam cara untuk tonjolkan budaya masing-masing seperti rakyat Magribi dan Afrika sendiri yang sentiasa berpakaian negara mereka,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, jika individu berkenaan cuba untuk menyebarkan ilmu yang salah, itu tidak boleh.



“Jika dia datang untuk tunjukkan ilmu tertentu hingga membuat orang datang ke masjid semata-mata melihat ilmunya yang tidak betul itu, yang itu tidak boleh.

“Jika dia setakat datang pakai baju silat dan bersilat, mana tahu dengan cara itu ada orang Arab panggil mereka untuk mengajar anak-anak Arab bersilat.

“Itukan sesuatu perkara yang bagus kerana saya melihat perkara ini dari sudut yang positif,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker