Ashraf Muslim kahwin lagi?

PELBAGAI lagi desas-desus turut dikongsikan, termasuk menuduh wanita itu ada hubungan dengan Ashraf

Ashraf Muslim kahwin lagi?

SUDAH namanya selebriti, memang mata khalayak terutama peminat seolah-olah menjadi seperti alat pengimbas haba.

Terbaharu, pengguna TikTok memuat naik video pendek ketika berada di sebuah restoran yang dikunjunginya.



Dalam klip berkenaan kelihatan kelibat pelakon Ashraf Muslim duduk semeja dengan seorang lelaki serta wanita menikmati hidangan.

Namun, dalam ruangan komen bertebar tekaan mengenai identiti wanita di sebelahnya sehingga ada yang berani mendakwa itu isteri ketiga aktor yang sudah beristeri dua itu.

Pelbagai lagi desas-desus turut dikongsikan, termasuk menuduh wanita itu ada hubungan dengan Ashraf.

Tidak menunggu lama, petugas sebuah syarikat penerbitan tampil menangkis tuduhan berkenaan dengan mengesahkan kelibat wanita bersama Ashraf sebenarnya terbabit dalam sebuah produksi dan tiada hubungan peribadi.



Individu itu menasihatkan orang ramai, agar tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap Ashraf dan pelakon baharu hanya kerana dilihat makan semeja. K Online

Ashraf Muslim kahwin lagi?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker