Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

“Assalamualaikum, sikit lagi saya nak hisap gam ini, tolong suggest sikit Encik Norizam (pemilik Kelantan FC) gam apa yang best.”

Demikian maklum balas perbualan di WhatsApp sebahagian pemain Kelantan FC di dalam kumpulan TRW 2023 yang tersebar di media sosial seakan-akan sudah tidak tahan dengan permasalahan yang mereka sedang hadapi ketika ini.

Tekanan terlampau tinggi menyebabkan ada pemain yang memberi bayangan untuk mengambil barangan terlarang.

Mungkin itu satu gurauan namun perkara ini harus di pandang serius kerana desakan hidup akan membuatkan seseorang itu melakukan tindakan di luar kawalan.

Dengan keadaan tertekan dari segi gaji belum diterima, sudah pasti perkara ini akan memberi bebanan sangat besar kepada mereka yang terbabit.

“Nak tunggu kereta kena tarik dulu seorang-seorang kena halau rumah dulu seorang-seorang macam itu,” kata pemain Kelantan FC.

“Aslm (Assalamualaikum) Boss, nenek saya perlu ambil ubat di klinik kesihatan Kuala Lumpur, perlukan duit,” kata pemain Kelantan FC.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mengakui pihaknya sudah menyelesaikan gaji yang tertunggak kepada pemain mereka.

“Pertama, kita dah selesaikan semua gaji dan apa-apa perkara babitkan tujuh pemain dan semuanya dah selesai. Perkara kedua berkenaan jurulatih juga dah selesai, itu faktanya.

“Gaji dah selesai yang bulan 8 (Ogos 2023), apa semua kita dah selesai. Malah persetujuan bersama juga dah selesai. Kita diberi peluang merayu dan kita akan buat rayuan juga (kepada Liga Bolasepak Malaysia untuk kekal dalam Liga Super) ,” katanya. HM

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan

Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker