Suara jantan habis (Video)
Suara jantan habis
Kluang: Hanya kerana memiliki suara garau, dia sering disalah anggap malah ada yang menyangka dia lelaki atau menggunakan aplikasi alih suara ketika muncul bersiaran di aplikasi media sosial.
Bagaimanapun, sebenarnya Nurnazrah Abd Samat , 21, adalah wanita sejati yang mempunyai keunikan tersendiri apabila suaranya garau seperti lelaki sejak berusia 18 tahun.
Beberapa videonya mendapat perhatian di TikTok dan aplikasi X yang ramai netizen menyangka dia lelaki berpakaian wanita atau hanya menggunakan aplikasi alih suara untuk kandungan video di akaun sosial itu bagi menarik perhatian serta meraih tontonan ramai sehingga mengelirukan netizen.
Berkongsi kisahnya, ejen hartanah itu berkata, dia dilahirkan sebagai wanita yang cukup sifat dan mengalami perubahan episod ‘keremajaan’ sama seperti wanita, malah mengakui suaranya juga seperti perempuan sebelum ini.
Menurutnya, perubahan suara seperti lelaki berlaku ketika dia berusia 18 tahun, namun setahun sebelum itu suaranya sudah mula ‘pecah’ dan garau sebelum akhirnya terus garau seolah-olah suara lelaki dewasa.
“Saya pun tiada jawapan kenapa suara saya boleh berubah seperti ini dan juga ada berjumpa doktor, tetapi ia tidak mempunyai masalah termasuk kotak suara atau tonsil. Jadi saya terima saja pemberian Allah SWT dengan lapang dada.
“Mungkin juga suara saya pecah dan garau sebab suka menyanyi lagu yang bernada tinggi, menjerit yang mungkin memberi kesan kepada suara saya. Tetapi tak apalah asalkan saya ada suara dan boleh bercakap,” katanya kepada Harian Metro.
Katanya, dia tidak bimbang dengan tanggapan atau komen orang kerana tidak pernah menipu sesiapa, malah apa yang penting ibu bapanya, Zawiah Hashim, 58, dan Abd Samat Abd Sawab, 60, lebih mengenalinya biarpun dia hanya anak angkat.
“Saya dijaga ibu dan ayah sejak berusia dua tahun selepas mereka mengambil saya yang ketika itu ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Pahang.
“Jadi mereka tahu siapa saya dan sebab itu apa saja komen orang saya tak ambil peduli.
“Biasanya kalau saya bercakap, orang akan toleh dua kali sebab terkejut saya berwajah wanita dan bertudung, tetapi suara seperti lelaki,” katanya.
Nurnazrah berkata, dia bersyukur apabila rakan menerima dirinya biarpun mengakui pada mulanya mereka turut berasa kekok kerana terasa seperti bersembang dengan rakan lelaki.
“Saya terpaksa menunjukkan kad pengenalan di TikTok sebagai bukti yang saya perempuan selain kongsi video gambar ketika kecil bersama ibu bapa dan kalau di luar orang mudah percaya kerana memang fizikal seperti seorang perempuan,” katanya.
Dia yang masih bujang mengakui usianya masih muda untuk berkeluarga dan mahu membalas jasa kedua-dua ibu bapa, namun dia berharap dapat bertemu lelaki yang mampu menerimanya termasuk ‘keunikan’ dirinya itu
“Suara itu menjadi kelebihan kerana ia membantu melindungi diri ketika saya menunggang motosikal ketika balik kerja pada waktu malam daripada diganggu lelaki nakal,” katanya.
Sementara itu, Zawiah berkata, dia tidak kisah suaranya anak tunggal kesayangannya itu dikatakan seperti lelaki biarpun hakikatnya Nurnazrah wanita tulen.
Katanya, dia juga menganggap suara anaknya sebagai satu keunikan, namun mengakui tidak mahu anaknya mengambil kesempatan dengan keunikan itu untuk perkara tidak baik yang boleh menjerat dirinya sendiri. HM
[videopress 2i2wWaow]Suara jantan habis
Baca Artikel Menarik:
- ‘Tembak’ saya, bukan anak – Achey
- Pendakwah selebriti letak harga puluhan ribu?
- Bezza baru rosak, ini yang Perodua tawarkan
- Sanusi yakin kerajaan Anwar akan tumbang
- Lan Zailan jual kereta kesayangan kerana tiada tawaran berlakon
- Tin arak sengaja diletak depan pintu surau kondominium
- Ayu Puteh enggan mengalah disaman RM142 juta
- Guru bercerai kerana duka lara
- Cara daftar PADU dan maklumat diperlukan
- Jalil Elias import termahal Liga-M sertai JDT
- Zon batu kapur bagaikan bom jangka
- Pembantu rumah didakwa larikan anak selebriti wanita
- ‘Ustaz’ noda wanita ketika lakukan rawatan ditahan
- Pemegang PhD jual sayur untuk tampung kos hidup
- Netizen pertikai BCL buat umrah pakai ‘eyelash extension’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan
Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf