Majikan terbunuh dalam pertengkaran dengan pekerja

Majikan terbunuh dalam pertengkaran dengan pekerja

IPOH: Seorang wanita maut manakala dua lelaki termasuk teman lelakinya cedera dalam pertengkaran di sebuah kedai di Taman Rasi Jaya, dekat Menglembu, pagi tadi.

Dalam kejadian 10.30 pagi, peniaga kedai warga tempatan Lee Siew Lean, 40, maut ditikam senjata tajam.



Difahamkan pergaduhan tercetus antara mangsa yang maut dengan suspek berumur 50-an yang juga pekerja mangsa di premis berkenaan berhubung hal kewangan syarikat.

Dua mangsa yang cedera difahamkan masing-masing adalah teman lelaki mangsa berusia 42 tahun yang juga rakan kongsi mangsa maut, serta pekerja kedai itu.

Pertengkaran dikatakan tercetus apabila suspek berang terhadap mangsa, teman lelaki mangsa, serta rakan sekerja suspek sebelum menyerang mereka menggunakan senjata tajam.

Suspek yang turut cedera di telinga sudah ditahan bagi membantu siasatan.



Tinjauan di lokasi mendapati orang ramai mengerumuni kedai itu yang dikawal polis sebelum kelihatan mayat mangsa diusung keluar oleh anggota polis.

Turut kelihatan di lokasi, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan.

Polis dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung kes itu nanti. BH

Majikan terbunuh dalam pertengkaran dengan pekerja



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan



Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000



Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker