Bapa hilang, anak selamat daripada lemas

Bapa hilang, anak selamat daripada lemas

KOTA TINGGI – Padah tidak mengendahkan amaran bendera merah yang dipasang, seorang warga Singapura kini masih hilang disyaki lemas dipukul ombak ketika beriadah di pantai dekat sebuah hotel terkemuka di Desaru, di sini hari ini.

Mangsa, Isaac Kelvin Tan Lee Thong, 49 masih belum ditemui, manakala anaknya Gabriel lan Tan Way Ping, 16, yang terselamat dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Masri Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 12.33 tengah hari melibatkan dua orang mangsa.

Katanya seramai 17 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Sungai Rengit dan Mersing dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mangsa dilaporkan dipukul ombak ketika sedang berada di gigi air laut menurut maklumat orang awam. Mangsa masih belum dijumpai, manakala remaja 16 tahun itu berjaya diselamatkan orang awam sebelum pihak bomba sampai.

“Pasukan bertindak operasi (PKO) bertindak membuat pencarian dengan menggunakan teknik surface searching,”katanya ketika dihubungi, hari ini.

Masri berkata operasi pencarian masih dilakukan dimana katanya kawasan pantai berkenaan juga telah dipasang tanda amaran bendera merah sebagai larangan melakukan aktiviti di laut. K Online

Bapa hilang, anak selamat daripada lemas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker