OCS hantar mesej lucah awal pagi, dakwaan disiasat
OCS hantar mesej lucah awal pagi, dakwaan disiasat
PORT DICKSON: Dakwaan bahawa seorang ketua polis balai (OCS) di daerah ini, mengganggu wanita dengan menghantar mesej berunsur lucah tetap disiasat walaupun setakat ini ia didapati tidak benar dan tohmahan.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak atau wanita berkenaan berhubung dakwaan itu.
“Kira-kira jam 1.15 tengah hari kelmarin, keluar satu kenyataan daripada kumpulan aplikasi Telegram berkenaan seorang individu iaitu Ketua Polis Balai Lukut yang mengganggu dan menghantar mesej berunsur lucah kepada seorang wanita.
“Siasatan awal mendapati kenyataan yang dikeluarkan itu tidak benar dan disyaki satu tohmahan yang berniat jahat demi menjatuhkan kredibiliti ketua polis balai itu serta imej pasukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sejak kelmarin tular satu tangkap layar daripada aplikasi sembang yang memaparkan perbualan yang didakwa dihantar individu terbabit kepada seorang wanita yang juga dipercayai isteri orang.
Pesanan yang dihantar kira-kira jam 5.30 pagi itu bertanya pakaian dan warna yang dikenakan wanita berkenaan, selain bertanya sama ada tidur dalam keadaan bogel.
Aidi Sham berkata, polis masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana individu yang dikaitkan dalam dengan insiden terbabit.
“Bagaimanapun, siasatan lanjut akan diteruskan dari sudut tatatertib dan tindakan tegas akan diambil jika didapati adanya perlanggaran disiplin berlaku,” katanya. BH
OCS hantar mesej lucah awal pagi, dakwaan disiasat
Baca Artikel Menarik:
- Ubat perangsang seks paling banyak dirampas
- Ular tedung selar ditemui dalam bilik warga emas
- ‘Suara kaset’ Mamat, Ezad memukau
- Amyza Aznan mohon doa untuk suami di ICU
- Kerana dengki pada projek HSR, negara rugi
- Datuk didakwa lakukan amang seksual fizikal terhadap cucu
- FBI dakwa serangan siber ke atas Malaysia bermotifkan wang dan politik
- Israel curi organ jenazah syuhada Gaza
- Husam saman Zamil dan 3 lagi
- 60 rumah di Kampung Tersang semua tenggelam
- ‘Superman’ terlentang di LPT kini diburu Polis Trafik
- Kahwin 4 untuk bina empayar kuasai tender kerajaan
- Warisan nafi terima dana sindiket dadah
- Mahathir cabar SPRM siasat semua yang bergelar Tun
- Arus deras Sungai Golok runtuhkan benteng projek PLSB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari
Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda
You must be logged in to post a comment.