Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman
Kediaman pengasas silat gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman Daeng Uda Mohd Hashim di sini, yang usang dan menunggu masa untuk menyembah bumi akan dibina semula.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata pembinaan semula rumah lahirnya ribuan jaguh silat dan jurulatih seni mempertahankan diri negara itu, dijangka bermula seawal tahun depan.
Megat Zulkarnain yang juga Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri berkata, bantuan dihulurkan bagi pembinaan semula rumah itu adalah atas kapasiti peribadi dan tidak melibatkan PESAKA.
Katanya, beliau juga telah bertemu dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad untuk memaklumkan usaha membina semula rumah berkenaan, selain berbincang mengenai proses dokumentasi, antaranya melibatkan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Saya nak minta pimpinan pertubuhan silat lincah Perak untuk cari kontraktor dan kita akan bina semula. Kita nak usahakan balik, membina semula ikut (reka bentuk) asal rumah ini,” katanya ketika melawat rumah berkenaan, di sini hari ini.
Megat Zulkarnain berkata, kehadiran beliau memberi bantuan adalah atas kapasiti pemimpin dalam persilatan, iaitu Pertubuhan Silat Seni Lincah Malaysia dan tidak bertujuan mencampuri pengurusan serta pentadbiran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
“Tujuan saya untuk menyelesaikan, kemudian kita serahkan balik dan mereka uruskanlah, itu bukan lagi urusan saya (sesudah selesai pembinaan rumah berkenaan),” katanya.
Beliau berkata, terdapat juga sejarah serta nilai instrumental di rumah itu apabila ia menjadi lokasi pertemuan ayahnya, Allahyarham Tan Sri Omardin Mauju (Pengasas Pertubuhan Silat Seni Lincah Malaysia) dengan Meor Abdul Rahman.
“Pada awalnya pertemuan itu bagi tujuan lain, akhirnya di rumah ini mereka bersumpah dunia akhirat sebagai adik-beradik sebab lincah bawa semangat Jebat dan gayong membawa semangat Tuah,” katanya.
Pada 20 Disember lalu, BERNAMA melaporkan rumah di tepi Jalan Ayer Kuning menghala jalan utama Changkat Jering itu sudah usang dan menunggu masa untuk menyembah bumi, selain dikelilingi semak samun dengan tingkap, pintu, dinding dan bumbungnya mereput.
Waris Amanah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Sazali Salleh, 60, yang juga anak angkat mahaguru silat gayung itu berkata, mereka pernah berusaha mengumpul dana bagi membaiki dan membaik pulih rumah arwah ayahnya itu namun gagal. – BERNAMA
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Terkucil’ di pentas AJL, Nabila Razali mahu elak ulangi
- ‘Terkejut Beruk’ penyebab warga emas meninggal dunia
- Berpakat menaikkan harga, MyCC denda RM415 juta kepada 5 syarikat pengeluar makanan ayam
- Tindakan Tony Pua kritik Kerajaan Anwar dapat pembelaan Puad Zarkashi
- SPRM sita Menara Ilham milik Tun Daim Zainuddin
- Syasya Dolla dipukul kekasih?
- Mini Dhaka di KL diserbu
- Nik Nazmi jawab tuduhan Chegu Bard
- Yusof dibenarkan tayang badan – Zizi
- PAS jadikan Islam ‘alas kaki’
- Malaysia terima pujian antarabangsa halang kapal Israel berlabuh
- Ketua Pemuda PAS disekolahkan pemimpin UMNO
- Selepas 2 hari bertarung nyawa, lelaki dilanggar ketika bantu mangsa nahas akhirnya meninggal dunia
- Sempat makan bersama sebelum tikam rakan wanita hingga mati
- Ibu mangsa buli di MCKK kesal sehingga kini tiada pembelaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton
Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan
You must be logged in to post a comment.