Video pelajar dilanggar mati, telefon Caprice disita

Video pelajar dilanggar mati, telefon Caprice disita

Pempengaruh media sosial, Caprice memberi keterangan kepada polis berkenaan video dimuat naik di media sosial membabitkan Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang maut akibat dilanggar kereta berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, Ipoh.

Caprice atau sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan video itu sudah dipadam atas nasihat pihak polis.



“Saya ucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana mereka mendengar dan memberi peluang untuk saya memberikan pandangan. Saya faham mengapa video tersebut perlu diturunkan.

“Tidak baik untuk kita melaga-lagakan perkara ini dengan lebih panjang. Saya memohon maaf kepada pihak PDRM yang terguris hati ataupun terasa dengan video saya. Video tersebut hanya ditujukan kepada orang yang terlibat dalam satu kes di SMK Jati. Tiada kaitan dengan anggota lain,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.

Caprice berkata, isu itu tidak wajar dipanjangkan lagi kerana boleh mencemarkan imej PDRM.

“PDRM ini adalah satu entiti yang perlu dijaga oleh semua pihak bukan sahaja anggota tetapi orang awam sekali. Kita sebagai orang awam termasuk saya perlu berhati-hati dengan setiap video di media sosial.



“Pada masa yang sama, saya di sini sentiasa untuk membela mangsa membabitkan apa-apa kes. Saya tabik kepada PDRM kerana sentiasa mendengar suara kita walaupun ada orang yang fikir sebaliknya.

“Cara mereka melayan saya, membuktikan mereka sebenarnya mendengar kita,” katanya.

Beliau juga ditemani oleh Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki.

Menurutnya, Afdlin dianggap seperti abangnya sendiri kerana memahami seni untuk meluahkan diri.



“Saya ada meminta tolong dia (Afdlin) bagaimana untuk bersuara mengekspresikan diri dan hari ini dia hadir untuk memberikan sokongan dan semangat,” katanya.

Ariz turut memaklumkan peranti elektronik miliknya dan kakitangannya turut dirampas oleh polis.

“Antara yang dirampas ialah dua telefon pintar, sebuah komputer riba, kamera dan kad SD. Walaupun dipanggil untuk memberikan keterangan saya tidak lihat ini sebagai satu bentuk intimidasi. Kita ada undang-undang. Apabila kita langgar undang-undang, mereka akan datang kepada anda,” katanya.

Pada 18 Disember lalu, Deputi Superintenden Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dituduh menyebabkan kematian Muhammad Zaharif mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ipoh. BH



Video pelajar dilanggar mati, telefon Caprice disita

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton



CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan



Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker