Video kenangan Arwah Zaharif undang rasa sebak netizen

Video kenangan Arwah Zaharif undang rasa sebak netizen

Kematian remaja lelaki berusia 17 tahun akibat dilanggar oleh seorang polis berpangkat DSP di Ipoh baru-baru ini menjadi trending dan menimbulkan kemarahan masyarakat.

Malah, video dan gambarnya yang tular ketika insiden itu sebelum ini turut meruntun hati ramai warganet apatah lagi bapa arwah dilihat rebah di tempat kejadian.



Kakak arwah Muhammad Zaharif Afendi yang masih sangat terkesan dengan pemergian adik bongsunya itu turut berkongsi video kenangan keluarga bersama arwah di TikTok.

Menerusi video itu, wanita bernama Farah tersebut meluahkan rasa sedihnya kerana kini mereka kurang seorang ahli keluarga dan akan sentiasa merindui usikan adiknya.

Macam mana aku tak terasa kehilangan hang Zaharif, kita ni keluarga kecil je Zaharif, Kita tinggal sekerat ni je. Kita setiap hari jumpa setiap hari melawak sama sama, lepas ni takde sape nak usik aku.

Hantaran tersebut mendapat lebih 3.4 juta tontonan sejak ia dimuat naik dua hari yang lepas dan turut mengundang rasa sedih dalam kalangan warganet.



Ramai meninggalkan komen tentang insiden yang berlaku dan mendoakan agar keluarga arwah Zaharif diberikan kekuatan di atas apa yang telah terjadi.

Video kenangan Arwah Zaharif undang rasa sebak netizen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?



Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker