Ranking Harimau Malaya melonjak 15 anak tangga pada 2023

Ranking Harimau Malaya melonjak 15 anak tangga pada 2023

Prestasi konsisten menyaksikan ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) skuad Harimau Malaya antara yang paling meningkat sepanjang tahun ini.

Berdasarkan ranking Disember dikeluarkan FIFA semalam, ranking skuad kebangsaan melonjak 15 anak tangga berbanding awal tahun ini untuk berada di kedudukan ke-130 dengan mengumpul 1,122.87 mata.



Peningkatan prestasi pasukan Kim Pan-gon itu menyaksikan Malaysia menjadi negara ketiga terbaik daripada aspek peningkatan ranking pada tahun 2023.

Panama melonjak dengan ketara dengan meningkat 20 anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-41 manakala Moldova yang naik 19 anak tangga untuk berada di tempat ke-155.

Ranking Harimau Malaya dijangka akan kembali berubah apabila bersaing pada Piala Asia 2023 di Qatar bulan depan.

Skuad negara dijadualkan bertemu Jordan, Bahrain dan Korea Selatan dalam peringkat Kumpulan E. K Online



Ranking Harimau Malaya melonjak 15 anak tangga pada 2023

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton



CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan



Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker