Ambiga kecewa dengan Ops cegah pondan

Ambiga kecewa dengan Ops cegah pondan

Ahli politik sudah kehilangan suara mereka dalam isu-isu berkaitan kaum dan agama, kata bekas presiden Badan Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan.

Dia memetik contoh serbuan pihak berkuasa yang digelar “Ops Cegah Pondan” di Perak baru-baru ini.

“Malangnya, terdapat sedikit kepimpinan yang ditunjukkan dalam isu ini oleh ahli politik kita kerana kemungkinan tindak balas agama terhadap mereka.

“Maka sikap pengecut dalam isu ini dan kekurangan pengetahuan berterusan, mengakibatkan komuniti yang satu ini diburu dengan tindakan yang melanggar hak oleh pegawai penguatkuasa.

“Lalu mengapa Malaysia berada dalam Majlis Hak Asasi Manusia (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu),” soalnya kepada Malaysiakini.

Ambiga juga mengecam “bahasa dan label mengerikan” yang digunakan berkaitan “operasi untuk membendung transgender” dalam “Op Cegah Pondan”.

Katanya, tindakan ini menunjukkan kekurangan pemahaman atau pengetahuan saintifik mengenai isu itu.

“Mentaliti pembuli untuk menindas komuniti yang sudah terpinggir nampaknya menjadi hobi kegemaran semua mereka yang ingin menggilap imej agama mereka.

“Cukuplah tindakan memangsakan golongan yang lemah ini oleh mereka yang berkuasa,” tambahnya.

Sebelum ini, Malaysiakini memetik kumpulan penyokong LGBTQ+ Justice for Sisters (JSF) mengecam serbuan di Ipoh, Perak yang dilakukan oleh jabatan Islam negeri (JAIPk). Antara lain, pegawai penguat kuasa telah menyasarkan rumah urut.

“Nama operasi itu amat biadab, merendahkan dan mencerminkan prasangka dan salah faham yang mendalam mengenai identiti gender,” kata pengasas bersama JSF, Thilaga Sulatireh.

Susulan itu, JAIPk mempertahankan serbuan itu sambil menegaskan jabatan itu bertekad menghalang komuniti LGBTQ+ daripada terlibat dalam kegiatan tidak bermoral yang bertentangan dengan agama.

Pengarah JAIPk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata tindakan mesti diambil sekiranya individu LGBTQ+ memilih untuk ‘memperagakan diri’.

“Prinsip kita mudah, JAIPk sendiri tidak suka nak lakukan tangkapan namun operasi mencegah aktiviti maksiat dan tidak bermoral ini akan diteruskan bagi mengekang kegiatan itu berleluasa,” katanya. Mk

Ambiga kecewa dengan Ops cegah pondan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker