Cuti sekolah buat mak-mak ‘menjelma’ jadi singa

Gambar-gambar AI yang dikongsikan Zul Adam tular di media sosial.

Cuti sekolah adalah perkara menggembirakan bagi anak-anak yang bersekolah, namun ‘ngeri’ juga bagi sesetengah kaum ibu.

Ia digambarkan menerusi foto-foto yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) atau AI, di mana ibu berwajah singa dilihat sedang memarahi anak yang nakal.

Seorang pengguna media sosial Zul Adam, di kumpulan Facebook Prompters Malaya, telah berkongsikan beberapa gambar berkenaan dipercayai yang dihasilkannya dan menjadi tular.

“Sekarang kita berada di musim singa mengamuk di dalam rumah, minta perhatian pihak bapa-bapa jangan terlibat, jika anda tidak mahu dipulas telinga,” katanya berseloroh.



Perkongsiannya itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan mesej yang ingin disampaikannya.

“Ooo ni lah maksudnya garang macam singa,” ujar Shahzeri Ridza.

“Singa, rimau, naga, tarzan semua ni ada dalam satu rumah, tengok kesesuaian masa,” komen Rozi Maria.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?



Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah



Anak saya merintih 40 minit depan mata saya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker