Papagomo disiasat fitnah PM hidap AIDS

Polis sedang menyiasat penulis blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung video yang kelihatan membayangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghidap Aids.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Rusdi Mohd Isa berkata video bertajuk “DSAI Penyakit Misteri Tiada Penawar Aids” telah memfitnah perdana menteri.

Tidak dapat dipasstikan kandungan video itu kerana halaman Youtube Wan Muhammad Azri dan rakaman berkenaan tidak lagi boleh diakses setakat ini.



Bagaimanapun, terdapat catatan oleh penulis blog itu, yang dikenali sebagai Papagomo dan kini Sir Azri, pada media sosial X yang mendakwa Anwar dihukum kerana tuduhan homoseksual.

Anwar telah didakwa di mahkamah atas tuduhan liwat dua kali, tetapi sabitan dalam kes pertama dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004 manakala dia telah diberikan pengampunan penuh pada 2018 berikutan sabitan kedua.

Anwar, yang mengekalkan pengakuan tidak bersalah berkata pengampunan penuh itu diberikan kerana terdapat “pelanggaran prinsip keadilan” dalam kesnya.

Menurut Rusdi, Wan Muhammad Azri disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana berkelakuan menghina, Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dengan sengaja untuk menceroboh keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang menghukum ‘penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian’,



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?



Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah



Anak saya merintih 40 minit depan mata saya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker