Ringgit menjunam kepada RM4.69 sedolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, memandangkan sentimen risiko masih lemah bagi unit domestik susulan hasil Perbendaharaan AS yang tinggi selain kebimbangan mengenai unjuran ekonomi China, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6920/6965 berbanding dolar AS daripada 4.6675/6720 ketika ditutup pada Jumaat lalu

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata Presiden Rizab Persekutuan (Fed) Now York, John Williams mengatakan bahawa terlalu awal untuk pegawai mempertimbangkan penurunan kadar faedah seawal Mac.



Beliau berkata, pasaran berkemungkinan menyambut baik keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) baru-baru ini secara berlebihan berbanding unjuran mereka.

Presiden Fed Chicago, Austan Goolsbee juga mengambil pendekatan berhati-hati dengan memaklumkan masih terlalu awal untuk mengisytiharkan bahawa inflasi telah dapat ditangani, dengan menekankan kemajuan yang telah dicapai.

“Jadi, dorongan berganda daripada ahli utama Fed itu membantu hasil perbendaharaan AS 10 tahun menjadi lebih tinggi, menyumbang kepada penurunan ringgit hari ini,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata selain itu, cabaran panjang yang dihadapi pemaju hartanah China juga menunjukkan pasaran tidak memberi reaksi positif terhadap usaha rangsangan China minggu lalu.



“Walaupun FBM KLCI mencatatkan kenaikan kecil, sepatutnya ada tindak balas susulan yang lebih menggalakkan terhadap usaha rangsangan China.

“Namun, dengan banyak kebimbangan mengenai prospek ekonomi China, ini juga terus mempengaruhi sentimen mata wang tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding beberapa mata wang utama.

Unit domestik meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9434/9491 daripada 5.9646/9703 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas, serta naik berbanding yen Jepun kepada 3.2926/2960 daripada 3.2930/2966.



Walau bagaimanapun, ringgit susut berbanding euro kepada 5.1232/1281 daripada 5.1165/1214.

Mata wang tempatan didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang negara ASEAN.

Ringgit lemah berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.41 daripada 8.38/8.40 pada Jumaat lalu, dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 302.4/302.9 daripada 301.2/301.6.

Unit tempatan kurang stabil berbanding dolar Singapura kepada 3.5249/5285 daripada 3.5136/5173, dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.4042/4228 daripada 13.3970/41769.



-BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays



Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker