Rangka dalam longkang, polis siasat kaitan dengan lelaki hilang

Gambar Hiasan

BANDAR BAHARU – Siasatan akan dilakukan berhubung penemuan rangka dalam longkang oleh pekerja pembersihan dekat Kampung Bukit Apeng, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintenden Azmi Mokhtar berkata, pihaknya sedang menyiasat sama ada rangka itu mempunyai kaitan dengan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu

Menurutnya, turut ditemui berdekatan rangka tersebut ialah pakaian dan sebuah motosikal Yamaha Y15ZR.

“Dua laporan polis berkaitan kehilangan individu telah dibuat oleh majikan di Kulim Hi-Tech manakala satu laporan polis lagi dibuat keluarganya di Bagan Serai, Perak,” katanya.



Menurutnya, individu yang masih hilang adalah pekerja di sebuah kilang di Kulim Hi Tech dan menetap di Kampung Parit Haji, Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak.

“Laluan itu adalah laluan ke tempat kerjanya, namun dia dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu,” katanya ketika dihubungi.

Azmi berkata, keluarga lelaki terbabit sudah membuat pengecaman motosikal yang ditemui dan mengakui serupa dengan milik individu terbabit.

Dalam pada itu, katanya, jarak rangka yang ditemui kira-kira 20 hingga 50 meter dari motosikal kemungkinan dihanyutkan air deras berikutan hujan lebat sebelum ini.



“Kita tak boleh sahkan rangka itu adalah milik individu yang hilang kerana perlu menunggu laporan bedah siasat terlebih dahulu.

“Rangka itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk mendapatkan pengesahan asid deoksiribonukleik (DNA),” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker