Sampel darah Kenneth Low akan dihantar ke Korea Selatan

Bekas pemain skuasy lelaki negara, Kenneth Low

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) akan menghantar sampel darah bekas pemain skuasy lelaki negara, Kenneth Low ke sebuah pusat penyelidikan kesihatan di Korea Selatan dalam tempoh dua minggu lagi.

Pengerusinya, Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata tujuan utama Yakeb menghulurkan bantuan itu adalah bagi mengenal pasti sama ada Kenneth benar-benar menghidap ‘Multiple sclerosis’ (MS), penyakit kronik berkaitan saraf atau mengalami penyakit lain.

Beliau berkata, keputusan juga dibuat berikutan tiada pusat penyelidikan kesihatan di negara ini yang mampu menjalankan penyelidikan lebih spesifik berkaitan penyakit Kenneth.

“Pada awalnya kami mengesyaki penyakit itu ialah MS, tetapi kami mahu membuat pemeriksaan secara keseluruhan, jadi mereka (pusat penyelidikan kesihatan di Korea Selatan) mampu memberikan diagnosis yang betul.



“Jadi pada awal tahun hadapan, kami jangkakan peroleh diagnosis keadaan semasanya (Kenneth). Bagi Yakeb, kita akan sentiasa memantau dia, dan apa apa bantuan akan hulurkan kepada dia,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Noorul Ariffin berkata keadaan Kenneth pada masa ini juga bertambah baik apabila beliau mampu bercakap dan berjalan dengan stabil setelah mendapatkan rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras dan Hospital Kuala Lumpur selama dua bulan.

Semalam, Yakeb telah menerima sumbangan daripada tokoh korporat, Mohamad Salim Fateh Din berjumlah RM5,000 untuk menanggung kos rawatan perubatan Kenneth.

Sebelum ini dilaporkan Kenneth yang pernah menduduki ranking empat terbaik Asia dan ke-38 dunia, kini bekerja sebagai petugas pembersihan serta mengalami masalah kesihatan.



Beliau dipercayai mengalami strok yang menyebabkan masalah koordinasi dan kemahiran motor, masalah kognitif, dan gangguan ingatan jangka pendek, selain tidak mempunyai wang untuk menjalani ujian kesihatan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL



Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker