Pencarian bukti pembunuhan Zayn Rayyan dibuat rumah ke rumah – Polis

Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja mencari dan mengumpul maklumat fizikal di sekitar tempat kejadian malah turut melakukan siasatan dari rumah ke rumah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak polis memberi jaminan untuk melakukan yang terbaik dan membawa pelaku kes ini ke muka pengadilan.

“Di sini terdapat 18 buah blok perumahan dan menempatkan 2,484 unit rumah.

“Kita sudah bermula proses pencarian dari rumah ke rumah sejak malam Khamis dan menyelesaikan siasatan di buah blok perumahan di Apartment Idaman pada hari ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Apartment Damansara Damai di sini pada Jumaat.



Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga telah menghantar barang kes dan keputusan bedah siasat kepada Jabatan Kimia untuk memperoleh beberapa maklumat forensik.

Jelas beliau, keputusan tersebut dijangka akan diperoleh dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

Kata beliau, keputusan forensik itu dijangka boleh membantu pihak polis untuk mendapatkan maklumat terperinci yang boleh menjurus ke arah penemuan suspek.

“Perkara ini bagi mendapatkan cap jari, DNA dan beberapa perkara lain yang boleh membantu mengesan pihak yang terlibat membunuh mangsa,” ujarnya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup



Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak



Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker