Konsesi Westports dilanjut 58 tahun hingga 2082

PUTRAJAYA: Perjanjian Penswastaan Pelabuhan Barat antara kerajaan, Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan Westports Malaysia Sdn Bhd dilanjutkan 58 tahun lagi dari 2024 ke 2082, kata Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook.

Beliau berkata, sebelum ini, perjanjian itu ditandatangani untuk 30 tahun berkuat kuasa 1 Sept 1994 hingga 31 Ogos 2024.

“Dalam tempoh 30 tahun ini, Westports mentransformasikan Pulau Indah kepada terminal pelabuhan pesat membangun dengan fasiliti dermaga dan pusat logistik sepanjang 8km yang mampu mengendalikan kapal kontena terbesar di dunia, selain mengendalikan kapal kargo konvensional seperti kapal pukal kering, cecair dan gas serta kapal roll- on/roll-off (Roro).”



Bercakap kepada media selepas menyaksikan perjanjian tambahan ketiga penswastaan di antara kerajaan, LPK dan Westports di sini hari ini, Loke berkata, konsesi baharu itu turut merangkumi pembangunan fasiliti baharu di Pelabuhan Barat dengan pelaburan sebanyak RM39.6 bilion.

Katanya, lanjutan tempoh itu bakal menyaksikan pelaksanaan projek pembesaran terminal kontena Westports, iaitu pengendali Pelabuhan Barat, yang dijangka meningkatkan kapasiti kontena daripada 14 juta TEU (unit bersamaan 20 kaki) kepada 27 juta TEU sehingga 2082.

Memetik laporan PriceWaterhouseCoopers (PwC) pada 2022, Loke berkata, pembesaran terminal itu bakal memberi impak ekonomi sebanyak RM55 bilion serta menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak RM19 bilion dan mewujudkan 6,000 peluang pekerjaan sepenuh masa.

“Pembesaran terminal Westports, iaitu CT10 hingga CT17 akan dilaksanakan berasaskan prinsip kelestarian sejajar aspirasi pelabuhan hijau, termasuk penggunaan automasi dan memanfaatkan pendigitalan yang akan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.”



Ditanya jika pembesaran terminal Westports disebabkan rancangan Thailand membina pelabuhan dan jambatan darat bagi memintas laluan perkapalan di Selat Melaka, beliau berkata, rancangan pembesaran terminal itu telah lama dirancang dengan fokusnya bagi memperkukuh keupayaan pelabuhan negara.

“Kita memerlukan pelabuhan lebih besar dan efisien untuk mengendalikan peningkatan jumlah kontena. Kita mahu mengukuhkan sektor maritim dan pelabuhan sendiri dan tidak perlu risau tentang persaingan dari negara lain.”

Loke berkata, pembangunan infrastruktur maritim antara keutamaan kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negara, oleh itu pentingnya kerjasama antara sektor awam dan swasta, khasnya dalam industri yang dinamik dan global seperti pelabuhan serta perkapalan.

Sejajar status Malaysia sebagai negara maritim berkepentingan strategik di laluan perdagangan utama dunia, katanya, salah satu kaedah dikenal pasti di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) ialah mengubah ekosistem logistik ke arah kecekapan lebih tinggi.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup



Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak



Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker