Ibnor belum sedarkan diri selepas hampir seminggu dibedah

Ibnor belum sedarkan diri selepas hampir seminggu dibedah

Penyanyi Ibnor Riza masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan membuang air di kepala, kira-kira seminggu lalu.

Justeru, dua isteri Ibnor, iaitu Norhayati Mohd Nor dan Sarimah Suleiman memohon orang ramai mendoakan kesembuhan suami mereka yang dilaporkan dalam keadaan kritikal.



Sarimah berkata, Ibnor sepatutnya sedar pada hari ketiga selepas dibedah tetapi sehingga hari ini, keadaannya masih sama.

“Kami mohon semua orang doakan keadaan suami yang agak kritikal. Setakat ini, dia gerakkan mata. Doktor beritahu perkembangnya sangat perlahan.

“Sebelum ini, doktor beritahu suami perlu jalani rawatan dialisis kerana kandungan toksin meningkat. Tetapi, tadi, kami dipanggil dan diberitahu buat masa ini, suami tidak perlu lagi jalani rawatan itu.

“Ada kuman yang mengakibatkan komplikasi kepada organ lain termasuk buah pinggang suami,” katanya kepada BH Online.



Sarimah berkata, Ibnor masih belum boleh menerima pelawat. Sebaliknya, hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan menziarah dengan kawalan ketat.

Sabtu lalu, Ibnor menjalani pembedahan membuang air di kepala di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Bandar Tun Razak, Cheras selepas mengadu sakit kepala.

Pada 10 November lalu, penyanyi itu menjalani kimoterapi R-ICE di hospital sama tetapi mengalami demam yang berpanjangan selepas rawatan.

Penyanyi Mimpi Yang Tak Sudah itu disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat, Mac lalu dan hingga kini difahamkan sudah melakukan kemoterapi sebanyak sembilan pusingan. BH



Ibnor belum sedarkan diri selepas hampir seminggu dibedah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup



Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak



Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker