Covid-19: 7276 kes baru

Kes jangkitan baru Covid-19 mencatatkan sedikit peningkatan berbanding sehari sebelum ini. Kementerian Kesihatan melaporkan 7,276 kes baru yang menjadikan kes kumulatif kini berjumlah 2,353,579.

Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (11 Okt ) dengan 6,709 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Sarawak (1,037)
  • Kelantan (938)
  • Johor (777)
  • Selangor (671)
  • Sabah (532)
  • Terengganu (480)
  • Pulau Pinang (441)
  • Pahang (426)
  • Perak (414)
  • Kedah (357)
  • Kuala Lumpur (220)
  • Melaka (188)
  • Negeri Sembilan (163)
  • Putrajaya (36)
  • Perlis (29)
  • Labuan (0)

Antara neger-negeri yang mencatatkan jumlah kes yang semakin bertambah baik adalah seperti berikut:

Selangor – terendah dalam 161 hari – sejak 4 Mei lalu

Sabah – terendah dalam 80 hari – sejak 24 julai

Sarawak – terendah dalam 55 hari – sejak 18 Ogos

Kedah – terendah dalam 96 hari – sejak 8 julai

Pulau Pinang – terendah dalam 77 hari – sejak 27 Julai

Perlis – terendah dalam 13 hari – sejak 29 September

Covid-19: 7,276 kes baru


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiada istilah UMNO lama atau baharu, bezanya perjuangan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker