Zizan puji Kaka Azraff

Zizan puji Kaka Azraff

Pelakon dan pelawak Zizan Razak memuji tindakan penyanyi Kaka Azraff yang berani menghentam kekejaman Israel meskipun merisikokan karier sendiri.

Jelas pemilik nama penuh Mohammad Razizan Abdul Razak itu, setiap individu mempunyai cara dan strategi tersendiri dalam menunjukkan solidariti mereka terhadap rakyat Palestin.

Begitupun, pelakon filem Polis Evo 3 itu turut menasihatkan agar setiap selebriti mahupun pempengaruh media sosial memikirkan impak akibat kelantangan itu.

“Pada saya strategi itu terletak pada tangan kita, kalau kita nak berjuang sesuatu itu dalam rumah orang lain yang bukan hak milik sendiri, kita harus berjaga-jaga.

“Kena fikir sama ada perlu lantang bersuara atau tidak, jangan sampai merosakkan kerjaya kita.

“Allah tahu niat baik kita, Allah tahu kepada siapa yang kita mahu tujukan. Bagaimanapun saya memuji tindakan Kaka yang lantang bersuara,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam masa sama, aktor berusia 39 tahun itu berkata, dirinya lebih selesa untuk tidak mempertontonkan semangat solidariti kepada khalayak.

“Saya pun berjihad tapi saya tidak uar-uarkan kepada umum. Saya dah jalankan tanggungjawab saya, bagi saya itu sudah cukup.

“Bila mendengar cerita pasal Kaka saya rasa kasihan pada dia, tapi rezeki milik Allah, kalau rasa itu terbaik untuk dia, terpulanglah,” katanya ketika sidang media Masked Singer Malaysia musim ke-4 yang berlangsung di Vivatel Hotel, Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, kecoh apabila muncul khabar angin penyanyi, Kaka Azraf, bakal ditamatkan kontrak rakaman bersama syarikat Warner Music Malaysia.

Insiden tersebut bermula apabila Kaka meninggalkan komen secara mesej langsung (DM) kepada pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic yang mempersoalkan tindakan Israel terhadap rakyat Palestin minggu lalu.

Tindakan pelangun lagu Gila itu membuatkannya disenarai dalam Instagram Jew Hate Database, iaitu sebuah media sosial khas kelompok penyokong Israel.

Hari ini, Warner Music Malaysia dalam satu kenyataan telah mengumumkan penamatan artis terbabit. K Online

Zizan puji Kaka Azraff

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker