Tiada Seberang Kaka Azraff

Tiada Seberang Kaka Azraff

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memuji keberanian penyanyi Kaka Azraff yang lantang mempertahankan Palestin biarpun berdepan tindakan laman pro-Israel.

Pemilik sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, itu berharap rakan seperjuangannya tidak gentar berjihad demi saudara seagama.



“Saya tahu Kaka cekal dan tak gentar. Jangan hilang semangat kerana ini adalah sebahagian daripada jihad dan paling penting kita tahu niat sebenar untuk beri kesedaran selain jadi suara kepada yang tidak mampu bersuara.

“Bagi saya tidak ada orang lain yang seberani serta selantang Kaka dalam menyuarakan dan mengutuk kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Menurut pengacara Dangdut Academy Asia musim enam itu, baru kini dia faham punca segelintir selebriti dan pempengaruh takut untuk bersuara berkenaan konflik Palestin-Israel.

“Memang ada risikonya macam akaun TikTok saya sendiri telah disekat, baru-baru ini. Tipulah kalau saya tak rasa sayang, tapi tak mengapa kita boleh buat akaun baharu.



“Senario berbeza pula perlu dihadapi individu yang bergantung kepada media sosial untuk menjana pendapatan, itu yang jadi masalah,” katanya.

Uyaina antara selebriti yang aktif memuat naik paparan mengenai Palestin serta kekejaman Israel menjarah bumi Gaza dan mengorbankan ramai mangsa tidak berdosa.

Terdahulu, sekitar pertengahan bulan lalu akaunnya yang diikuti 600,000 dipadam pengendali TikTok selepas memuat naik video bertajuk A Letter to America.

Dalam video berkenaan Uyaina bercerita mengenai kandungan surat milik pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden yang menyifatkan peranan Amerika sebagai hipokrit kerana membenarkan Israel menduduki Palestin. K Online



Tiada Seberang Kaka Azraff

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak



Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin



Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker