Takiyuddin mahu rundingan terus dengan PM bukan TPM

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkata rundingan peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang akan mencapai keputusan berkesan jika membabitkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan Ketua Pembankang Hamzah Zainudin.

Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan mendakwa rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof yang diberi mandat oleh kerajaan gagal mencapai persetujuan sehingga pihaknya berhenti berunding.

“Tapi perundingan itu tidak berjaya, itu sajalah. Kenapa (perlu berjumpa) dengan TPM II (Fadillah)? Bukan saya kata tak boleh tapi tidak ada keputusan baik.

“Dulu masa Ismail Sabri (Yaakob) jadi perdana menteri, beliau sendiri berunding terus dengan ketua pembangkang (Anwar), jadi boleh buat keputusan lebih berkesan,” katanya ketika ditemui di Kompleks Kota Darul Naim menurut Harian Metro.

Bulan lalu, Takiyuddin berkata PN tidak akan meneruskan rundingan dengan wakil kerajaan mengenai peruntukan sama rata Ahli Parlimen pembangkang kerana Fadillah meminta mereka menulis surat kepada kerajaan dengan menyatakan jaminan tertentu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kota Bharu itu tidak menjelaskan jaminan atau aku janji diminta oleh pemerintah.

September lalu, Fadillah mendedahkan Ahli Parlimen pembangkang tidak menghantar surat memohon peruntukan di sebalik pelawaan kerajaan.

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS berkata peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang sepatutnya tidak perlu melalui rundingan kerana ia terkandung dalam manifesto kerajaan.

“Kita sudah bangkitkan banyak kali dalam Parlimen…jadi saya rasa tak timbul dah soal perundingan dan sebagainya kerana ia adalah sewajarnya dimulakan tanpa apa-apa alasan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker