Presiden MCA mahu BN muhasabah diri

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) perlu mengambil iktibar daripada kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, semalam dan bermuhasabah diri.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, BN juga perlu memikirkan hala tuju seterusnya demi menawan semula hati pengundi.

“Apa-apa pun, kita menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi-pengundi Kemaman dengan hati terbuka dan inilah kesuburan proses demokrasi,” katanya dalam satu catatan di Facebook, hari ini.

Pas mempertahan kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti besar, 37,220 undi berbanding majoriti yang diperoleh penyandang kerusi itu, Che Alias Abd. Hamid (majoriti 27,179 undi) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PRU15 menyaksikan Che Alias menewaskan calon BN, Datuk Seri Ahmad Said yang meraih 38,535 undi dan dua calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin yang mendapat 8,340 undi manakala calon Pejuang, Rosli Ab Ghani hanya memperoleh 506 undian.

Terdahulu, Ka Siong mengucapkan tahniah kepada calon Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar selain menzahirkan penghargaan kepada 27,778 pengundi yang mengundi BN dalam PRK Kemaman.

“Terima kasih juga buat seluruh jentera Barisan Nasional dan Kerajaan Perpaduan yang telah membantu calon kita, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, sepanjang kempen PRK Kemaman,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker