Rosyam Nor bawa perjuangan rakan-rakan artis seusia

Rosyam Nor bawa perjuangan rakan-rakan artis seusia

SELEPAS menapak selama 38 tahun di dalam industri seni tanah air, Datuk pelakon Rosyam Nor akui masih banyak tawaran lakonan yang diberikan kepadanya.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 56, berkata, dia bersyukur pada usia begitu masih lagi berpeluang untuk menjadi barisan watak utama.



Oleh itu, Rosyam amat mementingkan penampilannya agar sentiasa relevan di luar mahupun di dalam bidang seni.

“Saya jaga penampilan saya luar dan dalam filem supaya jenama ‘Rosyam’ yang telah dibina selama 38 tahun itu tak hilang begitu sahaja.

“Bukan senang untuk mencari populariti tapi bukan mudah juga untuk mengekalkan populariti itu. Jadi, ini adalah salah satu usaha saya untuk mengekalkan jenama Rosyam berada terus dalam pasaran,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon yang pernah memenangi anugerah Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Paling Popular empat tahun berturut-turut itu turut menjelaskan perjuangannya untuk terus kekal dalam industri adalah buat rakan-rakan artis yang kini menginjak usia sepertinya.



“Ini bukan perjuangan untuk diri saya, tapi perjuangan untuk industri supaya selepas ini akan ramai lagi mereka yang berusia mendapat tempat dalam filem-filem yang besar. Meskipun bukan watak utama tetapi watak penting,” jelasnya.

Rosyam berkata begitu ketika ditemui oleh URTV di sidang media filem Keluang Man di ibu kota, baru-baru ini.

Rosyam yang turut memegang watak utama sebagai Ahmad dalam filem tersebut berkata dia mencabar dirinya untuk menggalas tanggung jawab itu dan percaya dengan bantuan pengarah dan barisan pelakon lain filem adaptasi animasi terkenal ini pasti membuahkan hasil yang baik.

“Saya minta Anwari (pengarah) untuk buat saya nampak hebat dalam filem ini. Saya tak mahu penonton yang lihat nanti tidak merasakan kelainan dari watak-watak yang saya pernah bawa sebelum ini,” katanya.



Rosyam sempat bergurau jika usianya masih muda dia juga akan bersungguh-sungguh untuk ‘bertarung’ mendapatkan watak Keluang Man itu.

“Saya cemburu sebenarnya dengan Nas-T, sebab kalau saya muda pun saya akan berusaha untuk bertanding dengan semua yang datang ujibakat watak Keluang Man ini.

“Satu watak yang ikonik terutamanya buat rakyat Malaysia kan siapa yang tak nak?,” soalnya.

Rosyam bagaimanapun turut teruja dan merasakan pemilihan Nas-T sebagai Keluang Man ini adalah keputusan yang baik dari pihak Astro Shaw dan berharap agar filem ini mendapat tempat buat pengemar filem dan animasi di negara ini.



Filem yang diarahkan dan ditulis oleh Anwari Ashraf turut dibintangi barisan pelakon seperti Nas-T, Remy Ishak dan Anwar Beg Mughal.

Filem ini sedang dalam fasa pra-produksi dan sesi penggambaran dijangka bermula April tahun hadapan.

Keluang Man adalah siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sehingga berjaya mencipta fenomena tersendiri sehingga kini. Utv

Rosyam Nor bawa perjuangan rakan-rakan artis seusia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?



Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker