Berkumpul dan makan seperti manusia, netizen sangsi panda di zoo China

Sebuah zoo di China menjadi tumpuan netizen media sosial selepas pihaknya memuat naik klip  video empat ekor panda sedang duduk di atas kerusi mengelilingi sebuah meja sambil menikmati makanan dengan lagak seperti manusia, lapor akhbar New York Post semalam.

Pihak pengurusan Zoo Chongqing memuat naik video tersebut yang dirakam di sebuah kandang panda gergasi pada Sabtu lalu.

Empat ekor panda tersebut dilihat duduk di atas kerusi masing-masing seperti gaya manusia dengan ada yang memegang makanan



Aksi comel itu menarik perhatian pengguna media sosial. Mereka sekali lagi menyatakan rasa curiga mengenai sama ada ia adalah panda sebenar atau manusia yang menyamar.

“Video ini menguatkan teori saya bahawa panda sebenarnya manusia dalam sut panda. Ia bukan haiwan sebenar,” kata seorang netizen.

“Cara ia duduk di hujung klip video amat sempurna. Gerak-gerinya menunjukkan sikap seekor beruang sebenar. Sukar untuk manusia duduk begitu,” kata pengguna lain yang percaya bahawa ia adalah haiwan sebenar.

Klip video itu mengingatkan orang ramai mengenai kisah seekor beruang matahari Malaya, Angela yang menjadi sensasi internet pada musim panas lalu.



Angela yang berada di Zoo Hangzhou disyaki sebenarnya manusia, disebabkan cara ia berdiri serta keadaan kulitnya di belakang badannya yang kelihatan seperti kostum.

Pakar-pakar dan pihak zoo tersebut bagaimanapun menjelaskan bahawa Angela adalah haiwan sebenar dan bukan manusia. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena



Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker